Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Sorotan
Paparan 1 - 7 daripada 7 carian perkhidmatan digital
Aplikasi SEHATi menyediakan platform kesihatan digital yang membolehkan pekerja muda mengakses maklumat kesihatan, membuat janji temu saringan kesihatan, dan menyimpan rekod kesihatan secara selamat.
Aplikasi ini membolehkan pembayar cukai membuat pembayaran cukai melalui bank-bank yang menjadi ahli FPX secara dalam talian. Bagi pembayaran menggunakan Nombor Bil, sila semak Nombor Bil menggunakan aplikasi e-Billing.
Kaedah ini adalah bagi permohonan adjudikasi yang dibuat melalui Sistem STAMPS. Sijil Setem akan dijana secara elektronik sebagai bukti penyeteman. Sijil Setem ini perlu dikepilkan atau dilekatkan kepada mana-mana surat cara yang berkaitan bagi membolehkan ianya dianggap telah disetemkan dengan sempurna.
Aplikasi untuk mengisi dan menghantar Borang Nyata Cukai Pendapatan bagi individu dan syarikat. Diisikan sebelum membuat pembayaran cukai (ByrHasil).
Potongan Cukai Berjadual (PCB) ialah satu mekanisme di mana majikan membuat potongan gaji pekerja secara bulanan bagi tujuan pembayaran cukai pendapatan pekerja. Aplikasi e-PCB membolehkan individu atau syarikat membuat pengiraan untuk potongan cukai bulanan.
E-Pembelajaran Sektor Awam (EPSA) adalah sistem pembelajaran dalam talian yang disediakan oleh INTAN untuk membantu pembangunan pembelajaran sepanjang hayat dan meningkatkan kompetensi penjawat awam. EPSA menawarkan pelbagai kategori kursus secara percuma yang boleh dicapai pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.
Aplikasi Mobile eAduan @JTKSM ini adalah salah satu alternatif yang disediakan olehJabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) khas untuk kegunaan pekerja sektor swasta di Semenanjung Malaysia sahaja. Ia menyediakan saluran aduan perburuhan bagi memudahkan pekerja, orang awam atau pihak ketiga untuk memfailkan aduan sekiranya berlaku ketidakpatuhanundang-undang perburuhan.