PERMATA Kurnia ialah pusat intervensi awal yang ditubuhkan untuk memberikan pendidikan dan sokongan kepada kanak-kanak autisme di Malaysia. Program ini merupakan sebahagian daripada inisiatif Program PERMATA di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Syarat Kemasukan:
- Terbuka kepada kanak-kanak autisme yang berumur 2 hingga 6 tahun dan merupakan pemegang kad OKU
- Warganegara Malaysia
- Perlu melalui saringan dan penilaian oleh Panel Pakar Perubatan PERMATA Kurnia bagi memastikan mereka sesuai untuk program ini
- Ibu bapa bersetuju mengikuti peraturan PERMATA Kurnia
Lokasi PERMATA Kurnia:
- PERMATA Kurnia di Sentul, Kuala Lumpur merupakan pusat intervensi utama untuk autisme di Malaysia.
- PERMATA Kurnia di Presint 11 Putrajaya dikenali sebagai Pusat Pendidikan Awal Kanak- Kanak (Integrasi) PERMATA. Terdapat 2 program yang ditawarkan iaitu Program PERMATA Kurnia dan Program PERMATA Negara.
Tarikh dikemaskini: 5/9/2025
Komen topik ini
