Kenali MyKid
MyKid adalah kad pengenalan pintar bercip untuk warganegara Malaysia berumur bawah 12 tahun. Ia mengandungi maklumat penting kanak-kanak seperti nama, nombor daftar kelahiran, tarikh lahir dan alamat.
Tiga maklumat yang disimpan dalam cip:
- Data kelahiran (JPN)
- Maklumat kesihatan
- Maklumat pendidikan
Kelebihan MyKid:
- Mudah dibawa – Saiz kecil dan ringan
- Penyimpanan maklumat digital – Menyimpan maklumat kanak-kanak untuk rujukan pelbagai agensi kerajaan
- Ciri keselamatan – Mengelak untuk disalah guna
- Memudahkan urusan rasmi – Digunakan dalam urusan di klinik, hospital, sekolah, dan agensi kerajaan
Cara memohon MyKid
- Permohonan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
Hadir ke mana-mana cawangan JPN bersama dokumen:
- Sijil Kelahiran Asal bayi / Borang W / Borang H (kelahiran luar negara)
- Kad Pengenalan Ibu Bapa (asal & salinan)
- Caj permohonan
Percuma untuk permohonan pertama
Maklumat lanjut berkenaan MyKid Semak status permohonan MyKidTarikh dikemaskini: 11/10/2025
Komen topik ini
