Perjalanan Persona

Menghantar Anak ke Sekolah Menengah
Persekolahan menengah merupakan pendidikan yang penting buat anak remaja di mana ia melibatkan persediaan untuk mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Anak-anak juga mula menunjukkan minat dan kecenderungan kepada subjek dan aliran pembelajaran yang tertentu. Sebagai ibu bapa, terdapat pelbagai pilihan aliran akademik bagi pendidikan menengah yang boleh disasarkan kepada anak-anak. Ikuti perjalanan persona ini untuk mengetahui lebih lanjut tentang peluang pendidikan menengah di Malaysia.

Mengurus Anak Remaja
Fasa remaja merupakan fasa yang mencabar buat ibu bapa dan anak-anak itu sendiri. Pada waktu ini, perubahan fizikal, seksual dan emosi anak remaja adalah ketara. Selain daripada panduan kesihatan, ibu bapa juga boleh mendorong anak-anak menyertai program belia yang sesuai dengan minat mereka. Ikuti topik-topik berkaitan pengurusan anak remaja dalam membina hubungan sihat dalam keluarga.

Merancang Kewangan Remaja
Selain daripada perancangan kewangan, anak remaja juga memerlukan pendedahan kepada pendidikan dan pengurusan kewangan yang baik. Ketahui lebih lanjut tentang program dan instrumen kewangan yang disediakan agensi kerajaan yang boleh dimanfaatkan remaja dan ibu bapa di dalam topik ini.

Melangkah ke Alam Dewasa
Sebagai ibu bapa, anda menjadi antara pembimbing utama dalam perjalanan anak remaja menuju ke alam dewasa. Pada fasa ini, anak-anak akan mula berdepan pelbagai tanggungjawab baharu seperti mendapatkan lesen memandu, peluang menyertai PLKN serta mengundi sebagai warganegara Malaysia. Dengan sokongan anda sebagai ibu bapa, anak remaja akan lebih bersedia melangkah ke fasa kehidupan dewasa dengan yakin. Ikuti panduan dan perkhidmatan digital yang sesuai untuk membimbing mereka.
