Selain daripada fasiliti kesihatan awam yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan, anda juga boleh memilih untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan daripada fasiliti kesihatan swasta yang telah berdaftar/berlesen dengan Kementerian Kesihatan Malaysia.
Antara senarai fasiliti kesihatan swasta yang terdapat di Malaysia:
- Hospital swasta
- Klinik perubatan swasta
- Klinik pergigian swasta
- Pusat bersalin swasta
- Pusat hemodialisis swasta
- Pusat jagaan ambulatori swasta
- Rumah jagaan kejururawatan swasta
- Rumah jagaan kejururawatan psikiatri swasta
- Bank darah swasta
- Hospis swasta
- Pusat kesihatan mental masyarakat swasta
Tarikh dikemaskini: 18/9/2025
Komen topik ini
