KWSP i-Suri merupakan program caruman sukarela dengan insentif daripada Kerajaan khusus kepada wanita yang berdaftar dengan eKasih (dalam senarai Bank Data Kemiskinan Nasional).
Insentif khas: 50% tambahan bagi setiap RM1 caruman sehingga maksimum RM300
Contoh: caruman setahun RM500 layak menerima insentif khas tambahan RM250
Tiada caruman minimum bagi caruman sukarela i-Suri.
Syarat kelayakan i-Suri
- Ahli KWSP
- Warganegara Malaysia
- Berumur bawah 55 tahun
- Berdaftar dengan eKasih setakat 30 November tahun sebelumnya
Tarikh dikemaskini: 11/10/2025
Komen topik ini
