Program Rumah Mesra Rakyat (RMR) merupakan inisiatif kerajaan melalui Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) yang bertujuan untuk membantu golongan berpendapatan rendah memiliki rumah yang selesa dan selamat di atas tanah sendiri.
Program ini memberikan kemudahan pembinaan rumah di atas tanah sendiri dengan tempoh bayaran bulanan 16-25 tahun dengan jumlah bayaran RM300/ bulan.
Syarat kelayakan:
- Warganegara Malaysia
- Berumur 18 – 65 tahun
- Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM5,000 sebulan
- Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri atau rumah sedia ada tidak sempurna
- Mempunyai tanah sendiri atau mendapat kebenaran bertulis daripada pemilik tanah untuk pembinaan rumah
- Keluasan tanah tidak kurang 3,000 kaki persegi
Tarikh dikemaskini: 14/10/2025
Komen topik ini
