Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) ialah sebuah agensi di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia yang ditubuhkan pada 1 November 1997. Tujuan utamanya adalah untuk membantu pelajar Malaysia membiayai kos pengajian di institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta.
PTPTN turut memainkan peranan dalam menggalakkan budaya menabung melalui produk Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) dan mengurus pembayaran balik pinjaman pendidikan.
Kelebihan pinjaman PTPTN
- Pinjaman pendidikan tanpa faedah (caj pentadbiran 1%)
- Pembukaan akaun SSPN secara dalam talian melalui aplikasi myPTPTN
- Kemudahan bayaran balik melalui pelbagai saluran (dalam talian, potongan gaji, e-wallet dan lain-lain)
Tarikh dikemaskini: 14/10/2025
Komen topik ini
