Sesetengah organisasi atau syarikat menyediakan kemudahan dan elaun sebagai insentif latihan dan perkhidmatan kepada pelajar.
Walau bagaimanapun, setiap kemudahan atau elaun yang disediakan bergantung kepada dasar dan polisi organisasi atau syarikat.
Berikut merupakan antara kemudahan dan elaun yang disediakan:
- Agensi Kerajaan
Elaun latihan amali: RM5/ sejam (8 jam sehari) untuk setiap hari bekerja
Terhad kepada maksimum 90 hari bekerja
Tertakluk kepada peruntukan sedia ada
Rujukan:
Soalan Lazim Surat Edaran Latihan Industri Ketetapan Pembayaran Elaun di Agensi Kerajaan- Agensi Swasta
Tiada kadar wajib yang ditetapkan, namun terdapat beberapa program yang boleh dimanfaatkan syarikat dalam pemberian elaun kepada pelajar industri:
- Skim Latihan Industri (ITS)
Elaun sehingga RM500 sebulan daripada majikan yang berdaftar di bawah HRD Corp
Skim Latihan Industri (ITS)- National Structured Internship Programme (MySIP)
Program di bawah Talent Corporation kepada syarikat yang mengambil pelajar latihan industri dengan kadar minimum berikut:
RM600 sebulan: Sarjana, Ijazah Sarjana Muda, Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM), Sijil Profesional, atau setaraf
RM500 sebulan: Diploma, Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 1 hingga 3, atau setaraf
Mohon Latihan IndustriTarikh dikemaskini: 9/9/2025
