Apabila berlaku kematian seseorang terutamanya ahli keluarga, terdapat beberapa langkah awal penting yang perlu diambil bagi menguruskan jenazah dan urusan rasmi.
Berikut ialah panduan langkah awal apabila berlaku kematian di Malaysia:
- Sahkan kematian
- Kematian di hospital/ klinik
Pegawai perubatan akan mengeluarkan surat pengesahan kematian
Dokumen ini digunakan untuk urusan pengebumian dan pendaftaran kematian di JPN
- Kematian di rumah/ luar hospital/ klinik
Hubungi talian 999 untuk mengesahkan kematian (sekiranya perlu)
Laporkan kepada polis bagi mendapatkan permit pengebumian
Jika kematian diragui, kes akan dirujuk kepada polis untuk siasatan dan mungkin melibatkan bedah siasat
- Urus pengebumian
Hubungi pengurusan jenazah masjid bagi jenazah muslim
Bagi jenazah bukan muslim, urusan pengebumian akan mengikut upacara agama masing-masing.
Tarikh dikemaskini: 10/10/2025
