Kemudahan Kesihatan Pesara Perkhidmatan Awam dan Veteran ATM

Sebagai pesara perkhidmatan awam dan veteran ATM, kemudahan kesihatan yang disediakan kerajaan merupakan salah satu faedah yang boleh dinikmati pasca persaraan. Akses ini meliputi rawatan percuma atau bersubsidi di hospital serta klinik kerajaan, kemudahan ubat-ubatan, rawatan pakar serta skim perlindungan kesihatan khas. Kenal pasti kemudahan kesihatan untuk pesara yang telah berkhidmat untuk negara menerusi topik-topik di dalam perjalanan persona ini.
