Program saringan kanser serviks (Ujian HPV DNA) adalah bantuan subsidi di bawah Belanjawan 2025 yang disediakan oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN).
Ia diberikan kepada wanita yang layak untuk melakukan pengesanan awal melalui ujian HPV DNA bagi mencegah berlakunya kanser serviks.
Ujian HPV DNA (saringan kanser serviks)
- Disasarkan kepada wanita berumur 30 hingga 65 tahun
- Menggunakan kaedah pengesanan DNA virus HPV berisiko tinggi (lebih tepat berbanding Pap smear) melalui kaedah persampelan sendiri
- Disediakan secara percuma di Klinik Nur Sejahtera melalui program jangkauan (outreach) yang terlibat
- Keputusan ujian membantu mengesan risiko kanser serviks sebelum sel menjadi kanser
Tarikh dikemaskini: 19/9/2025
Komen topik ini
