Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) dilaksanakan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) bermula 1 Disember 2022.
Ia bertujuan memberi perlindungan keselamatan sosial kepada suri rumah yang mengalami kemalangan atau apa-apa insiden semasa melakukan urusan berkaitan rumah tangga.
Caruman: RM120 bagi tempoh perlindungan 12 bulan berturut-turut.
Caruman boleh dibuat suami, suri rumah, keluarga atau pihak ketiga bagi suri rumah tersebut.
Antara faedah skim ini meliputi Faedah Perubatan, Faedah Hilang Upaya Kekal dan Faedah Pengurusan Mayat.
Baca lanjut tentang Skim Keselamatan Sosial Suri RumahDaftar SKSSRTarikh dikemaskini: 14/10/2025
Komen topik ini
