Bantuan Warga Emas (BWE) disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebagai bantuan kewangan kepada warga emas yang memerlukan.
Kriteria kelayakan:
- Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia
- Berumur 60 tahun dan ke atas
- Pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Isi Rumah Miskin Tegar Semasa atau PGK Purata Per Kapita Miskin Tegar Semasa
- Warga Emas yang tiada anak (sebatang kara) layak dipertimbangkan bantuan sekiranya tinggal bersama/ menumpang ahli keluarga lain/ penjaga yang mempunyai pendapatan melebihi PGK Purata Isi Rumah Miskin Tegar Semasa/ PGK Purata Per Kapita Miskin Tegar Semasa
- Warga emas yang bukan tinggal di institusi kendalian JKM atau Pusat jagaan harian/ berkediaman (yang menerima Geran Rangsum) dan memberi kemudahan/ perkhidmatan secara percuma
Kadar bantuan: RM600/ sebulan
Baca lanjut tentang BWEMohon BWETarikh dikemaskini: 25/9/2025
Komen topik ini
