Insurans dan Perlindungan
Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) Plus ialah skim simpanan pendidikan yang diperkenalkan oleh PTPTN dengan tambahan pakej perlindungan takaful/ insurans. Ia gabungan simpanan pendidikan dan pelan takaful komprehensif yang lebih menyeluruh berbanding SSPN Prime. Antara ciri SSPN Plus: Komitmen serendah RM30 sebulan Simpanan pendidikan dengan perlindungan takaful yang kompetitif Manfaat perlindungan sehingga RM1.2 juta Tiada pemeriksaan kesihatan Pelepasan cukai taksiran
i-Lindung ialah platform yang disediakan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di bawah Pelan Perlindungan Ahli (PPA). Program ini membolehkan ahli membeli produk perlindungan insurans/ takaful menggunakan sebahagian daripada simpanan dalam Akaun 2. Jenis perlindungan yang ditawarkan: Perlindungan hayat Perlindungan sakit kritikal
Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (LINDUNG KENDIRI) dilaksanakan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) bagi meluaskan perlindungan keselamatan sosial kepada golongan bekerja sendiri. Skim ini diperkenalkan selaras dengan usaha kerajaan untuk melindungi pekerja dalam sektor tidak formal dan ekonomi gig. Antara golongan yang layak: Pemandu teksi dan e-hailing Pekerja gig (contoh: penghantar makanan) Petani, nelayan, pekebun kecil, dan penjaja Artis, penggiat seni, pekerja kreatif bebas Freelancer atau individu bekerja sendiri yang berdaftar Antara faedah skim ini meliputi Faedah Perubatan, Faedah Hilang Upaya dan Faedah Orang Tanggungan
Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) dilaksanakan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) bermula 1 Disember 2022. Ia bertujuan memberi perlindungan keselamatan sosial kepada suri rumah yang mengalami kemalangan atau apa-apa insiden semasa melakukan urusan berkaitan rumah tangga. Caruman: RM120 bagi tempoh perlindungan 12 bulan berturut-turut. Caruman boleh dibuat suami, suri rumah, keluarga atau pihak ketiga bagi suri rumah tersebut. Antara faedah skim ini meliputi Faedah Perubatan, Faedah Hilang Upaya Kekal dan Faedah Pengurusan Mayat.
