Mengurus Simpanan
Lembaga Tabung Haji (TH) ialah sebuah institusi kewangan Islam milik penuh kerajaan Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 1963. TH ditubuhkan untuk membantu umat Islam di negara ini membuat simpanan secara patuh syariah bagi tujuan menunaikan ibadah haji ke Tanah Suci Mekah. Tabung Haji berperanan penting sebagai pengurus simpanan, pelaburan, dan operasi haji bagi rakyat Malaysia. Keistimewaan menyimpan di Tabung Haji Patuh Syariah 100% Tiada caj perkhidmatan atau faedah Dividen tahunan kompetitif (bergantung kepada prestasi pelaburan) Perlindungan takaful secara automatik untuk simpanan tertentu Urusan pendaftaran haji secara automatik selepas simpanan mencukupi (minimum RM1,300). Kerjasama dengan bank rakan strategik seperti Bank Islam, Bank Rakyat dan Maybank
Salah satu rukun Islam bagi rakyat beragama Islam di Malaysia adalah menyempurnakan rukun Haji. Bagi mendidik dan merancang simpanan bagi tujuan tersebut, Akaun Simpanan Tabung Haji (TH) boleh dibuka oleh ibu bapa atau penjaga untuk anak-anak mereka sejak dari kecil. Ciri-ciri utama Boleh dibuka seawal usia 1 hari Minimum simpanan awal serendah RM2 Boleh membuka akaun secara dalam talian sekiranya ibu bapa mempunyai akaun Tabung Haji Pendaftaran haji anak boleh dibuat apabila akaun mempunyai baki minimum RM1,300
THiJARI merupakan portal perkhidmatan dalam talian rasmi milik Lembaga Tabung Haji (TH) yang membolehkan pendeposit mengakses pelbagai perkhidmatan Tabung Haji secara mudah, selamat dan pantas tanpa perlu hadir ke cawangan. Antara kemudahan yang ditawarkan oleh THiJARI: Semakan baki akaun TH Melihat baki semasa dan penyata akaun simpanan TH Pemindahan dana Pindah wang antara akaun TH anda dan ke akaun TH orang lain Semakan dan pendaftaran Haji Semak status giliran haji dan daftar untuk ibadah haji secara dalam talian Semakan pengisytiharan hibah (dividen) Lihat hibah tahunan yang diterima daripada simpanan anda
SSPN atau Skim Simpanan Pendidikan Nasional ialah satu pelan simpanan pendidikan yang diperkenalkan oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi membantu rakyat Malaysia membuat simpanan secara konsisten untuk membiayai kos pendidikan tinggi anak-anak. Ia merupakan syarat utama bagi pemohon pinjaman PTPTN mulai tahun 2012. Kenali SSPN Patuh Syariah Boleh dibuka oleh ibu bapa atau penjaga sah untuk anak berumur 1 hari hingga bawah 29 tahun Layak untuk pelepasan cukai pendapatan Mendapat dividen tahunan Perlindungan takaful (khusus untuk SSPN-i Plus)
Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) Prime ialah skim simpanan rasmi di bawah Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Ia diwujudkan sebagai platform simpanan pendidikan untuk ibu bapa/penjaga menyediakan dana pendidikan tinggi anak-anak. Antara ciri-ciri SSPN Prime: Komitmen serendah RM20 sebulan Perlindungan takaful percuma bagi pendeposit dengan simpan RM1,000 ke atas Pelepasan taksiran cukai sehingga RM8,000
KWSP i-Suri merupakan program caruman sukarela dengan insentif daripada Kerajaan khusus kepada wanita yang berdaftar dengan eKasih (dalam senarai Bank Data Kemiskinan Nasional). Insentif khas: 50% tambahan bagi setiap RM1 caruman sehingga maksimum RM300 Contoh: caruman setahun RM500 layak menerima insentif khas tambahan RM250 Tiada caruman minimum bagi caruman sukarela i-Suri. Syarat kelayakan i-Suri Ahli KWSP Warganegara Malaysia Berumur bawah 55 tahun Berdaftar dengan eKasih setakat 30 November tahun sebelumnya
i-Sayang KWSP ialah program pemindahan sukarela caruman Akaun KWSP suami kepada akaun isteri sebanyak 2% daripada caruman syer pekerja. Syarat kelayakan: Suami (pemberi): Warganegara atau bukan warganegara Malaysia Ahli KWSP aktif Berumur di bawah 75 tahun Status perkahwinan yang sah Isteri (penerima): Warganegara Malaysia Ahli KWSP Berumur di bawah 75 tahun Status perkahwinan yang sah dengan pemberi
