Mengurus Pinjaman Kewangan
Pembiayaan perumahan sektor awam adalah kemudahan yang diberikan kepada kakitangan sektor awam yang berkelayakan bagi merealisasikan impian mereka dalam memiliki rumah kediaman sendiri. Kemudahan ini diuruskan oleh Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) yang merupakan sebuah badan berkanun di bawah Kementerian Kewangan Malaysia secara rasmi beroperasi pada 1 Januari 2016, mengambil alih peranan Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP) sebelum itu. Berikut merupakan antara kelebihan pembiayaan perumahan sektor awam LPPSA: Kadar Faedah Tetap LPPSA menawarkan kadar faedah yang tetap, iaitu 4% setahun atas baki berkurangan setiap bulan Jenis-jenis Pembiayaan LPPSA menawarkan 7 jenis pembiayaan iaitu: Jenis 1: Pembelian rumah kediaman yang telah siap Jenis 2: Pembinaan rumah di atas tanah sendiri. Jenis 3: Pembelian rumah kediaman yang sedang dibina Jenis 4: Pembelian tanah bagi tujuan pembinaan rumah kediaman Jenis 5: Penyelesaian pinjaman perumahan sedia ada daripada bank/institusi kewangan (Pembiayaan semula) Jenis 6: Pembinaan rumah di atas tanah yang sedang dibiaya oleh LPPSA Jenis 7: Pengubahsuaian rumah kediaman yang pembelian/ pembinaan telah dibiaya/diselesaikan melalui kemudahan pembiayaan perumahan sektor awam Tempoh Pembiayaan Sehingga 35 tahun atau tidak melebihi umur 90 tahun, yang mana terdahulu Jumlah Pembiayaan Sehingga RM750,000 berdasarkan pendapatan bersih semasa pemohon dan elaun tetap yang diambilkira oleh LPPSA mengikut amaun kelayakan yang ditetapkan
Peminjam PTPTN bertanggungjawab untuk membayar balik jumlah pinjaman pendidikan yang diterima seperti dalam Dokumen Tawaran Pinjaman. Bayaran balik penting untuk memastikan dana PTPTN berterusan bagi membantu pelajar lain. Tempoh Bayaran Balik: Pemohon perlu mula membayar 12 bulan selepas tamat pengajian tanpa perlu menunggu notis bayaran balik oleh PTPTN Tiada kos upah dikenakan bagi peminjam yang membayar awal sebelum 12 bulan Kos upah dikenakan bermula bulan ke 13 Tempoh bayaran balik berdasarkan baki pinjaman
MyPTPTN ialah aplikasi rasmi digital yang dibangunkan oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi membolehkan pengguna mengakses dan mengurus pelbagai perkhidmatan PTPTN secara mudah, cepat dan selamat melalui telefon pintar atau laman web. Antara kemudahan aplikasi MyPTPTN Lihat jumlah baki pinjaman dan buat bayaran secara terus dalam aplikasi Buka akaun simpanan pendidikan secara digital Tambah simpanan ke dalam akaun SSPN dengan mudah Akses penyata rasmi bagi tujuan rujukan atau tuntutan cukai Mohon tangguh atau struktur semula bayaran pinjaman
