Program Job Coach dibangunkan untuk menggalakkan dan menyokong OKU di dalam pasaran kerja terbuka. Program ini diperkenalkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi menyokong usaha pemerkasaan ekonomi dan sosial OKU melalui penempatan kerja berstruktur.
Semua kategori OKU layak mendapatkan perkhidmatan Job Coach.
Siapakah Job Coach?
- Individu berpengalaman dalam memberi sokongan kepada OKU
- Telah menghadiri kursus asas Job Coach
- Menjadi penghubung antara OKU dan majikan
Antara peranan Job Coach:
- Menilai OKU
- Menilai tempat kerja
- Pemadanan kerja (job matching)
- Sokongan dan tindakan susulan
Lokasi perkhidmatan Job Coach:
- Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah
- Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan (PLPP) Bangi
- Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK)
