Bantuan Pekerjaan
Skim Insurans Pekerjaan (SIP) ialah satu skim keselamatan sosial yang diwujudkan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) di bawah Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017. Skim ini bertujuan untuk membantu pekerja yang hilang pekerjaan dengan menyediakan bantuan kewangan sementara serta sokongan penempatan pekerjaan baharu. Antara kelayakan akibat kehilangan pekerjaan: Pemberhentian kerja biasa VSS/MSS (Skim Pemisahan Sukarela) Penutupan tempat kerja kerana bencana alam Penutupan perniagaan atau penutupan operasi Pembuangan kerja secara konstruktif Antara contoh kehilangan pekerjaan yang tidak layak: Penamatan akibat salah laku pekerja Peletakan jawatan secara sukarela Persaraan wajib Antara faedah SIP: Elaun Mencari Pekerjaan (EMP): Penerima faedah yang layak akan menerima elaun selama 3-6 bulan Elaun Pendapatan Berkurang (EPB): Gantian pendapatan bagi mereka yang mempunyai lebih daripada satu majikan dan telah kehilangan satu atau lebih pekerjaan Elaun Bekerja Semula Awal (EBSA): 25% insentif bagi pekerja yang kembali bekerja semula lebih awal semasa tempoh EMP Elaun Latihan (EL) : kadar harian sebanyak RM10-20 untuk latihan semula Fi Latihan (FL) : Pembiayaan yuran latihan yang dibayar terus kepada penyedia latihan pada kadar maksimum sehingga RM4,000
Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB) merupakan bantuan bulanan kewangan yang disediakan kepada Orang Kurang Upaya (OKU) yang tidak mampu bekerja secara sepenuh masa disebabkan oleh ketidakupayaan fizikal atau mental yang kekal. Syarat kelayakan Warganegara Malaysia Berumur 16-59 tahun Berdaftar sebagai OKU dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Tidak berupaya bekerja sepenuh masa dan disahkan melalui temu duga/penilaian JKM Pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa Tidak tinggal di institusi di bawah kendalian JKM Kadar bantuan RM300 sebulan Dibayar secara bulanan kepada penerima (OKU)
Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya (EPOKU) adalah salah satu bentuk bantuan kewangan bulanan yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kepada OKU yang bekerja. Syarat kelayakan Warganegara Malaysia Berumur 16 tahun ke atas Telah berdaftar dengan JKM sebagai Orang Kurang Upaya (OKU) Bekerja tetap atau sendiri, dengan pendapatan tidak melebihi RM1,500 sebulan Tidak tinggal di institusi/pusat jagaan kebajikan JKM Kadar bantuan RM450 sebulan
Bengkel Daya merupakan institusi di bawah KPWKM untuk menyediakan latihan kemahiran dan meningkatkan peluang pekerjaan kepada OKU yang tidak mampu bersaing di pasaran luar. Lokasi Bengkel Daya: Bengkel Daya Klang, Selangor Bengkel Daya Sungai Petani, Kedah Bengkel Daya menyediakan peluang pekerjaan di Unit Kerja (Bengkel Perusahaan) kepada pekerja OKU: Jahitan Sulaman Pembuatan roti dan pastri Dobi Peruncitan Restoran Syarat kemasukan: Warganegara Malaysia OKU berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Kategori OKU pembelajaran (sederhana) atau OKU fizikal Berumur 18-45 tahun Boleh berdikari Tidak ada penyakit berjangkit
Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan (PLPP) ditubuhkan bertujuan untuk memberi latihan vokasional dan pemulihan perubatan kepada OKU terutama kategori fizikal. Antara kursus yang ditawarkan: Kursus Pengurusan Pejabat (SKM Tahap 2) Kursus Pemasangan Elektrik Kursus Prostetik dan Ortotik Kursus Fabrikasi Logam (Pembuatan Kerusi Roda) Kursus Seni Lukis Kursus Teknologi Batik Syarat kemasukan: OKU fizikal yang berdaftar dengan JKM Berumur antara 18-40 tahun Berkelulusan SPM atau sekurang-kurangnya boleh membaca, menulis dan mengira Berkeupayaan menguruskan diri Bebas dari pengaruh dadah
Program Job Coach dibangunkan untuk menggalakkan dan menyokong OKU di dalam pasaran kerja terbuka. Program ini diperkenalkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi menyokong usaha pemerkasaan ekonomi dan sosial OKU melalui penempatan kerja berstruktur. Semua kategori OKU layak mendapatkan perkhidmatan Job Coach. Siapakah Job Coach? Individu berpengalaman dalam memberi sokongan kepada OKU Telah menghadiri kursus asas Job Coach Menjadi penghubung antara OKU dan majikan Antara peranan Job Coach: Menilai OKU Menilai tempat kerja Pemadanan kerja (job matching) Sokongan dan tindakan susulan Lokasi perkhidmatan Job Coach: Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan (PLPP) Bangi Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK)
