Majlis Angkatan Tentera Malaysia merupakan Pihak Berkuasa Melantik bagi lantikan pegawai dan perajurit di Angkatan Tentera Malaysia iaitu:
- Perkhidmatan Tentera Darat Malaysia (TDM)
- Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM)
- Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM)
Pelantikan adalah tertakluk kepada kekosongan jawatan. Permohonan hanya dibuka melalui iklan bagi pengambilan berikut:
- Pegawai Kadet Lepasan Ijazah (Graduan)
Syarat Kelayakan: Ijazah Sarjana Muda
- Perajurit Muda (Darat)
Syarat Kelayakan: SPM/SVM/SKM/Diploma
- Perajurit Muda (Laut)
Syarat Kelayakan: SPM/SVM/SKM/Diploma
- Perajurit Muda (Udara)
Syarat Kelayakan: SPM/SVM/SKM/Diploma
Memohon jawatan Angkatan Tentera Malaysia
Permohonan boleh dibuat di portal Jom Masuk Tentera. Maklumat berkaitan syarat permohonan, syarat fizikal dan gaji permulaan juga boleh diperolehi portal Jom Masuk Tentera.
Jom Masuk Tentera