Memohon Sektor Awam
Sektor awam merujuk kepada perkhidmatan atau pekerjaan yang ditawarkan oleh kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan, Negeri atau Tempatan (PBT) dengan tujuan untuk memberi perkhidmatan kepada rakyat dan negara. Sekiranya anda berminat untuk berkhidmat di sektor awam, permohonan boleh dibuat di portal yang dikendalikan oleh Pihak Berkuasa Melantik (PBM). Syarat asas kelayakan untuk berkhidmat di sektor awam: Warganegara Malaysia Berumur tidak kurang 18 tahun Minimum Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ Sijil Vokasional Malaysia (SVM)/ Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) atau kelayakan setaraf yang diiktiraf oleh kerajaan Bekerja di sektor awam adalah satu bentuk khidmat bakti kepada negara yang menawarkan kestabilan kerjaya, manfaat jangka panjang dan peluang membina kemajuan bersama masyarakat. Menjadi penjawat awam memberi peluang untuk menyumbang dalam perancangan dasar awam, pentadbiran dan pembangunan negara secara langsung.
Pihak Berkuasa Melantik (PBM) ialah pihak yang mempunyai atau diberi kuasa undang-undang untuk melantik seseorang ke dalam sesuatu perkhidmatan. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) Melantik anggota dalam Perkhidmatan Awam Am Persekutuan, Perkhidmatan Awam Negeri Melaka, Pulau Pinang, Perlis dan Negeri Sembilan. Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan (SPKP) Melantik Pegawai Undang-Undang dalam perkhidmatan kehakiman dan perundangan. Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) Bertanggungjawab bagi melantik Anggota Perkhidmatan Pendidikan iaitu Guru dan Bukan Guru. Suruhanjaya Pasukan Polis Bertanggungjawab bagi melantik Anggota Pasukan Polis. Majlis Angkatan Tentera Majlis Angkatan Tentera Malaysia adalah sebuah badan ketenteraan yang bertanggungjawab di bawah kuasa am Yang di-Pertuan Agong selaku Pemerintah Tertinggi bagi pemerintahan, tatatertib dan pentadbiran Angkatan Tentera Malaysia. Badan Berkanun Persekutuan Badan Berkanun ialah agensi dalam sesebuah kementerian yang dibentuk mengikut kuasa dan akta tertentu di bawah peruntukan sesebuah Akta Parlimen. Contoh Badan Berkanun Persekutuan: Universiti Awam Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri (SPAN) ialah sebuah badan yang ditubuhkan oleh kerajaan negeri di bawah peruntukan undang-undang negeri masing-masing untuk menguruskan hal ehwal perkhidmatan awam negeri. Negeri yang berikut mempunyai SPAN tersendiri, bergantung kepada perlembagaan negeri dan kuasa yang diperuntukkan oleh Perkara 144 Perlembagaan Persekutuan. Manakala bagi 4 negeri berikut tidak mempunyai SPAN tersendiri. Urusan pengambilan jawatan untuk jabatan negeri ini diuruskan oleh SPA di peringkat Persekutuan: Perlis Pulau Pinang Melaka Negeri Sembilan Badan Berkanun Negeri Badan Berkanun Negeri ialah agensi yang dibentuk mengikut kuasa dan enakmen tertentu di bawah peruntukan sesebuah Enakmen Dewan Undangan Negeri. Contoh Badan Berkanun Negeri: Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) ialah badan kerajaan di peringkat tempatan yang bertanggungjawab mentadbir dan mengurus kawasan pentadbirannya mengikut peruntukan undang-undang sedia ada. PBT mempunyai kuasa untuk melantik pegawai dan kakitangan bagi memenuhi keperluan operasi harian. Namun ia tertakluk kepada kelulusan dan kawalan Kerajaan Negeri terutamanya bagi pelantikan tetap, kenaikan pangkat, dan penyusunan semula struktur jawatan.
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) ialah sebuah badan berperlembagaan yang ditubuhkan untuk melantik, mengesahkan dalam perkhidmatan, dan melaksanakan tindakan tatatertib terhadap anggota Perkhidmatan Awam Persekutuan. Selain daripada pelantikan di peringkat Persekutuan, SPA juga mempunyai bidang kuasa melantik bagi Perkhidmatan Awam Negeri Melaka, Pulau Pinang, Perlis dan Negeri Sembilan. Prosedur permohonan ke SPA Semak syarat lantikan/ deskripsi tugas/ gaji Secara umumnya, urusan pengambilan sesuatu jawatan atau Latihan Separa Perubatan adalah bergantung pada kekosongan jawatan di Kementerian/ Jabatan/ Agensi yang berkaitan. Anda juga boleh menyemak padanan jawatan yang bersesuaian dengan kelayakan dan bidang pengkhususan. Iklan kekosongan jawatan di SPA Iklan kekosongan jawatan boleh disemak di: Memohon kerja di bawah SPA Permohonan boleh dibuat melalui Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia Semak penjadualan penilaian/ pemeriksaan fizikal/ pancaindera dan kecerdasan/ assessment centre / temu duga Maklumat tentang penjadualan peperiksaan/ pemeriksaan fizikal, pancaindera dan kecergasan/ assessment centre / temu duga boleh disemak e-mel yang didaftarkan dalam SPA9 atau melalui saluran berikut: Panduan hadir temu duga Calon yang berjaya dipanggil untuk temu duga perlu melengkapkan resume di Sistem MyResume sebelum hadir temu duga. Pastikan anda juga menyemak lokasi temu duga dan panduan yang diberikan di dalam emel panggilan. Tunggu keputusan Calon yang telah ditemu duga akan menerima keputusan temu duga melalui makluman emel.
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) ialah sebuah badan berperlembagaan yang ditubuhkan untuk melantik, mengesahkan dalam perkhidmatan, dan melaksanakan tindakan tatatertib terhadap Pegawai Undang-Undang Gred L9 dalam perkhidmatan kehakiman dan perundangan. Prosedur permohonan ke SPKP melalui SPA Semak syarat lantikan/ deskripsi tugas/ gaji Anda juga boleh menyemak padanan jawatan yang bersesuaian dengan kelayakan dan bidang pengkhususan. Iklan kekosongan jawatan di SPKP Iklan kekosongan jawatan boleh disemak di: Memohon kerja di bawah SPKP melalui SPA Permohonan boleh dibuat melalui Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia Maklumat lanjut mengenai pelantikan SPKP boleh dirujuk di pautan berikut: Semak penjadualan penilaian/ pemeriksaan fizikal/ pancaindera dan kecerdasan/ assessment centre / temu duga Maklumat tentang penjadualan peperiksaan/ pemeriksaan fizikal, pancaindera dan kecergasan/ assessment centre / temu duga boleh disemak melalui e-mel yang didaftarkan dalam SPA9 atau melalui saluran berikut: Panduan hadir temu duga Calon yang berjaya dipanggil untuk temu duga perlu melengkapkan resume di Sistem MyResume sebelum hadir temu duga. Pastikan anda juga menyemak lokasi temu duga dan panduan yang diberikan di dalam emel panggilan. Tunggu keputusan Calon yang telah ditemu duga akan menerima keputusan temu duga melalui makluman emel.
Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan adalah agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan merupakan sebuah badan bebas yang bertindak sebagai pihak berkuasa melantik bagi Anggota Perkhidmatan Pendidikan. Pelantikan adalah tertakluk kepada kekosongan jawatan dan permohonan dibuka sepanjang masa bagi jawatan berikut: Pegawai Perkhidmatan Pendidikan: Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG5 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG9 Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi Gred DH5 Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi Gred DH9 Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi) Gred N1 Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W1 Pembantu Pengurusan Murid Gred N1 Pembantu Makmal Gred C1 Pembantu Khidmat Am Gred H1 Prosedur permohonan jawatan di SPP Permohonan jawatan sama ada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan , Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) di Sistem MySPP. Pemohon boleh membuat semakan pemohonan, panggilan temu duga, keputusan temu duga dan perkhidmatan dalam talian melalui pautan berikut:
Suruhanjaya Pasukan Polis merupakan Pihak Berkuasa Melantik yang bertanggungjawab bagi melantik anggota polis. Pelantikan adalah tertakluk kepada kekosongan jawatan dan permohonan dibuka melalui iklan bagi jawatan berikut: Inspektor Polis Gred Y7 Sarjan Polis Gred Y5 Konstabel Polis Gred Y1 Konstabel Polis Orang Asli Gred Y1 Memohon jawatan anggota polis Anda boleh membuat permohonan di portal berikut: Maklumat berkaitan skim perkhidmatan, syarat lantikan, gaji permulaan dan deskripsi tugas juga boleh disemak di portal e-Pengambilan.
Majlis Angkatan Tentera Malaysia merupakan Pihak Berkuasa Melantik bagi lantikan pegawai dan perajurit di Angkatan Tentera Malaysia iaitu: Perkhidmatan Tentera Darat Malaysia (TDM) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Pelantikan adalah tertakluk kepada kekosongan jawatan. Permohonan hanya dibuka melalui iklan bagi pengambilan berikut: Pegawai Kadet Lepasan Ijazah (Graduan) Syarat Kelayakan: Ijazah Sarjana Muda Perajurit Muda (Darat) Syarat Kelayakan: SPM/SVM/SKM/Diploma Perajurit Muda (Laut) Syarat Kelayakan: SPM/SVM/SKM/Diploma Perajurit Muda (Udara) Syarat Kelayakan: SPM/SVM/SKM/Diploma Memohon jawatan Angkatan Tentera Malaysia Permohonan boleh dibuat di portal Jom Masuk Tentera. Maklumat berkaitan syarat permohonan, syarat fizikal dan gaji permulaan juga boleh diperolehi portal Jom Masuk Tentera.
