Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) ialah sebuah badan berperlembagaan yang ditubuhkan untuk melantik, mengesahkan dalam perkhidmatan, dan melaksanakan tindakan tatatertib terhadap anggota Perkhidmatan Awam Persekutuan.
Selain daripada pelantikan di peringkat Persekutuan, SPA juga mempunyai bidang kuasa melantik bagi Perkhidmatan Awam Negeri Melaka, Pulau Pinang, Perlis dan Negeri Sembilan.
Prosedur permohonan ke SPA
- Semak syarat lantikan/ deskripsi tugas/ gaji
Secara umumnya, urusan pengambilan sesuatu jawatan atau Latihan Separa Perubatan adalah bergantung pada kekosongan jawatan di Kementerian/ Jabatan/ Agensi yang berkaitan.
Semak syarat lantikan /gaji /deskripsi tugasAnda juga boleh menyemak padanan jawatan yang bersesuaian dengan kelayakan dan bidang pengkhususan.
