Peningkatan Kemahiran
Program Profesional UiTM merujuk kepada program-program pensijilan atau kelayakan profesional yang ditawarkan oleh Universiti Teknologi MARA (UiTM) melalui fakulti atau pusat tertentu. Terbuka kepada: Pelajar UiTM (secara integrasi dalam program akademik) Graduan (untuk peningkatan kemahiran) Profesional industri (untuk pensijilan semula) Antara program profesional mengikut bidang: Perakaunan & Kewangan: ACCA, CIMA, ICAEW, CPA Australia Kejuruteraan: Certified Energy Manager (CEM), CIDB Green Card ICT & Teknologi Maklumat: Cisco (CCNA), CompTIA, Certified Ethical Hacker (CEH) Pengurusan Projek: Project Management Professional (PMP) Sumber manusia: Certified HRDF Trainer, HRDC Certified
Women Career Comeback Programme (WCCP) diperkenalkan oleh TalentCorp bagi menyokong wanita profesional yang telah berhenti bekerja buat sementara waktu dan ingin kembali menyertai tenaga kerja. Program ini diperkenalkan sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan untuk: Meningkatkan kadar penyertaan wanita dalam tenaga kerja profesional Mengurangkan kehilangan bakat wanita berkemahiran tinggi disebabkan faktor peribadi seperti penjagaan anak atau keluarga Menyokong majikan dalam menyediakan peluang kerjaya fleksibel dan inklusif Kelayakan: Warganegara Malaysia Wanita berumur antara 25–55 tahun Telah berhenti kerja secara sukarela sekurang-kurangnya 6 bulan Mempunyai minimum 3 tahun pengalaman kerja Insentif yang ditawarkan Pangkalan data tentang peluang kerja kepada wanita Bimbingan kerjaya, webinar dan bengkel profesional
National Institute of Occupational Safety and Health (NIOSH) adalah institusi di Malaysia yang menawarkan pelbagai kursus berkaitan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH). Ditubuhkan pada tahun 1992, NIOSH bertujuan meningkatkan kesedaran, pengetahuan, dan kemahiran dalam aspek keselamatan di tempat kerja melalui program latihan, penyelidikan, dan perundingan. NIOSH menawarkan kursus untuk pelbagai industri dan sektor, termasuk pembinaan, pembuatan, minyak dan gas, serta perkhidmatan. Antara kursus yang ditawarkan: Keselamatan Tempat Kerja Penilaian Risiko Pengurusan Keselamatan Keselamatan dalam Industri Pembinaan Keselamatan di Sektor Minyak dan Gas Keselamatan Elektrik Sijil Safety and Health Officer (SHO) Sijil Hazard Identification, Risk Assessment, and Risk Control (HIRARC) Sijil Pengurusan Bahan Berbahaya First Aid dan CPR Pengendalian Jentera Berat Keselamatan Kebakaran Pengurusan OSH untuk Pengurusan Atasan Penyiasatan Kemalangan di Tempat Kerja Sistem Pengurusan OSH (ISO 45001)
Human Resource Development Corporation (HRD Corporation) merupakan sebuah organisasi di bawah Kementerian Sumber Manusia yang ditubuhkan untuk meningkatkan pembangunan modal insan di Malaysia. HRD Corp memainkan peranan utama dalam menggalakkan dan menyokong latihan serta pembangunan pekerja terutamanya dalam sektor swasta. Antara peranan HRD Corp: Mengurus dana pembangunan sumber manusia melalui pungutan levi Meningkatkan kompetensi pekerja Malaysia menerusi kursus, latihan dan pensijilan Menyokong agenda Pembangunan Modal Insan Negara Memantau penyedia latihan bagi memastikan kualiti program latihan Menyokong kerjasama dengan majikan dan industri
e-LATiH ialah sebuah portal e-pembelajaran yang direka khusus oleh HRD Corp. Melalui e-LATiH, pekerja boleh mengakses pelbagai kursus dalam talian, antaranya termasuk: Pengurusan projek Komunikasi Kemahiran digital Pembangunan diri Kursus-kursus ini disediakan oleh rakan kongsi HRD Corp dan diiktiraf oleh industri. Terdapat kursus yang boleh diakses secara percuma atau berbayar dan peserta boleh belajar mengikut masa mereka sendiri.
Program HRD Corporation yang dibangunkan untuk tenaga kerja yang ingin meningkatkan kemahiran dalam industri tertentu melalui pengiktirafan pembelajaran modular berskala kecil. Apa Itu Microcredential? Microcredential adalah satu bentuk pensijilan pembelajaran yang memberi tumpuan kepada kemahiran tertentu, di mana anda boleh mendapat pengiktirafan melalui kursus pendek yang lebih spesifik. Selain menjimatkan masa, kos untuk mendapatkan sijil microcredential ini juga lebih rendah dan sijil yang dikeluarkan turut diiktiraf industri dan majikan.
National Training Week (NTW) merupakan inisiatif berskala nasional oleh HRD Corp yang menawarkan program latihan percuma untuk pekerja di semua peringkat pengalaman. Ia menyediakan ratusan hingga ribuan kursus yang boleh diikuti sama ada secara fizikal mahupun dalam talian. Antara skop kursus yang ditawarkan: Pendigitalan Pemasaran Pengurusan
Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (Yayasan Peneraju) menyediakan skim pembiayaan pensijilan profesional untuk meningkatkan keupayaan, kebolehpasaran dan daya saing bakat Bumiputera. Program ini melibatkan sokongan kewangan, latihan serta bimbingan untuk mendapatkan pensijilan yang diiktiraf di peringkat industri dan antarabangsa. Antara program pembiayaan Yayasan Peneraju: Program Pembiayaan Pensijilan Profesional Pembiayaan sijil profesional dalam bidang seperti kewangan dan perakaunan serta perkhidmatan perniagaan seperti ACCA, Chartered Financial Analyst (CFA) dan Project Management Professional (PMP) Kelebihan skim pembiayaan Yayasan Peneraju: Tiada faedah dan kaedah bayaran balik fleksibel Terdapat 3 pakej pensijilan iaitu: Pakej Perak: Sehingga RM15,000 Pakej Emas: Sehingga RM30,000 Pakej Platinum: Sehingga RM150,000
