TVET ialah singkatan kepada Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (Technical and Vocational Education and Training). Ia merupakan satu bentuk pendidikan yang menekankan kemahiran praktikal dan teknikal bagi menyediakan pelajar untuk alam pekerjaan dan keusahawanan.
Dasar TVET Negara
Dasar TVET Negara 2030 merupakan dasar utama untuk memperkasakan dan memartabatkan pelaksanaan TVET di Malaysia bagi melahirkan pekerja berkemahiran dengan berpendapatan tinggi.
Dasar TVET Negara 2023Pengiktirafan Sijil TVET
- Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan NOSS (National Occupational Skills Standards)
- Standard COPTPA (Code of Practice TVET Program Accreditation) di bawah MQA
- Pensijilan lain yang dikeluarkan oleh beberapa agensi pensijilan seperti CIDB, Suruhanjaya Tenaga
Siapakah yang patut memilih TVET?
- Pelajar yang minat belajar secara praktikal
- Pelajar yang ingin masuk ke pasaran kerja lebih awal
- Pelajar yang ingin menjadi usahawan kemahiran
- Lepasan SPM yang mencari laluan alternatif ke universiti
TVET merangkumi pelbagai bidang, antaranya:
- Automotif
- Kulinari & Hospitaliti
- Teknologi Maklumat
- Elektrik & Elektronik
- Mekatronik & Robotik
- Kejuruteraan Awam & Mekanikal
- Fesyen & Reka Bentuk
