Program TVET
TVET ialah singkatan kepada Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (Technical and Vocational Education and Training). Ia merupakan satu bentuk pendidikan yang menekankan kemahiran praktikal dan teknikal bagi menyediakan pelajar untuk alam pekerjaan dan keusahawanan. Dasar TVET Negara Dasar TVET Negara 2030 merupakan dasar utama untuk memperkasakan dan memartabatkan pelaksanaan TVET di Malaysia bagi melahirkan pekerja berkemahiran dengan berpendapatan tinggi. Pengiktirafan Sijil TVET Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan NOSS (National Occupational Skills Standards) Standard COPTPA (Code of Practice TVET Program Accreditation) di bawah MQA Pensijilan lain yang dikeluarkan oleh beberapa agensi pensijilan seperti CIDB, Suruhanjaya Tenaga Siapakah yang patut memilih TVET? Pelajar yang minat belajar secara praktikal Pelajar yang ingin masuk ke pasaran kerja lebih awal Pelajar yang ingin menjadi usahawan kemahiran Lepasan SPM yang mencari laluan alternatif ke universiti TVET merangkumi pelbagai bidang, antaranya: Automotif Kulinari & Hospitaliti Teknologi Maklumat Elektrik & Elektronik Mekatronik & Robotik Kejuruteraan Awam & Mekanikal Fesyen & Reka Bentuk
Berikut merupakan laluan pendidikan TVET bermula daripada pendidikan rendah sehingga ke peringkat pengajian tinggi: Rujukan: Dasar TVET Negara 2023
TVET Perdana merupakan program latihan kemahiran sepenuh masa yang disasarkan kepada pelajar lepasan SPM atau setaraf. Pelajar yang mengikuti program ini akan mendapat Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang diiktiraf oleh industri dan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK). Program TVET Perdana sesuai untuk: Pelajar lepasan SPM Ingin mengambil bidang kemahiran TVET secara sepenuh masa Permohonan kemasukan program/kursus TVET Perdana dibuka 2 kali setahun iaitu: Ambilan Januari Ambilan Julai (selepas keputusan SPM dikeluarkan) Permohonan kemasukan ke program TVET MARA (Institut Kemahiran MARA (IKM), Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) dan MARA Japan Industrial Institute (MJII) juga melalui saluran ini.
Sekiranya anda ingin mengambil bidang kemahiran TVET tetapi tidak dapat mengikuti program sepenuh masa, anda boleh memohon TVET Flexi dengan mod pembelajaran yang fleksibel. Program ini menawarkan pensijilan penuh serta pensijilan mikro mengikut bidang pilihan. TVET Flexi sesuai untuk: Golongan profesional bekerja yang ingin menambah kemahiran Mereka yang tidak mampu hadir sepenuh masa Individu bekerja dengan pengalaman industri & ingin mendapatkan sijil formal
Anda masih mencari kursus dan lokasi yang bersesuaian dengan keperluan anda? Terdapat 685 institusi awam di bawah 12 kementerian yang menawarkan pelbagai program/ kursus TVET di peringkat sijil, diploma dan ijazah. Carian institusi TVET dan maklumat berkaitan program/ kursus yang ditawarkan boleh dibuat melalui pautan berikut:
MySPIKE adalah singkatan kepada Sistem Pengurusan Integrasi Kemahiran Malaysia dan dibangunkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) di bawah Kementerian Sumber Manusia (MOHR). Portal ini merupakan satu platform digital bersepadu yang menyelaraskan pengurusan latihan, penilaian dan pensijilan kemahiran di seluruh negara. Berikut merupakan antara fungsi MySPIKE: Platform awam Memudahkan pelajar, ibu bapa dan golongan profesional untuk membuat carian maklumat berkaitan seperti: Program persijilan dan pengiktirafan Peluang kerjaya Senarai Pusat Bertauliah ADI Perantisan yang menawarkan SLDN dengan insentif Maklum balas pelajar dan pengesanan graduan Platform Institusi Latihan Menyediakan senarai pusat latihan bertauliah di bawah seliaan JPK Platform Pekerja Carian program pensijilan, Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) dan rekod pensijilan kemahiran terdahulu
