MySPIKE adalah singkatan kepada Sistem Pengurusan Integrasi Kemahiran Malaysia dan dibangunkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) di bawah Kementerian Sumber Manusia (MOHR). Portal ini merupakan satu platform digital bersepadu yang menyelaraskan pengurusan latihan, penilaian dan pensijilan kemahiran di seluruh negara.
Berikut merupakan antara fungsi MySPIKE:
- Platform awam
Memudahkan pelajar, ibu bapa dan golongan profesional untuk membuat carian maklumat berkaitan seperti:
- Program persijilan dan pengiktirafan
- Peluang kerjaya
- Senarai Pusat Bertauliah ADI Perantisan yang menawarkan SLDN dengan insentif
- Maklum balas pelajar dan pengesanan graduan
- Platform Institusi Latihan
Menyediakan senarai pusat latihan bertauliah di bawah seliaan JPK
Baca lanjut- Platform Pekerja
Carian program pensijilan, Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) dan rekod pensijilan kemahiran terdahulu
Baca lanjutLawat portal MySIPKE