TVET Perdana merupakan program latihan kemahiran sepenuh masa yang disasarkan kepada pelajar lepasan SPM atau setaraf.
Pelajar yang mengikuti program ini akan mendapat Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang diiktiraf oleh industri dan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).
Program TVET Perdana sesuai untuk:
- Pelajar lepasan SPM
- Ingin mengambil bidang kemahiran TVET secara sepenuh masa
Permohonan kemasukan program/kursus TVET Perdana dibuka 2 kali setahun iaitu:
- Ambilan Januari
- Ambilan Julai (selepas keputusan SPM dikeluarkan)
Permohonan kemasukan ke program TVET MARA (Institut Kemahiran MARA (IKM), Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) dan MARA Japan Industrial Institute (MJII) juga melalui saluran ini.
Daftar TVET Perdana