Setiap kanak-kanak warganegara Malaysia yang mencapai umur 12 tahun wajib mendaftar kad pengenalan.
Prosedur permohonan 12 tahun:
- Pemohon perlu hadir ke cawangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
- Dokumen diperlukan:
- Sijil Kelahiran Asal
- Kad Pengenalan Ibu Bapa/Penjaga
- Permohonan pertama adalah percuma jika dibuat dalam tempoh 30 hari selepas umur 12 tahun
Bayaran RM10 akan dikenakan selepas 30 hari sehingga anak tersebut berusia 16 tahun.
Selepas umur 16 tahun, pendaftaran MyKad adalah dikira sebagai pendaftaran lewat dan bayaran denda akan dikenakan.
Portal JPN - Permohonan Daftar Lewat Kad Pengenalan (MyKad Atau MyPR)Anak saya yang merupakan warganegara Malaysia berada di luar negara bersama saya sebelum usia 12 tahun sehingga usianya lebih 16 tahun. Bagaimana cara untuk saya memohon kad pengenalan beliau?
Anak anda perlu memohon kad pengenalan dalam tempoh 30 hari selepas kembali ke tanah air. Tiada bayaran dikenakan dalam tempoh ini.
Tarikh dikemaskini: 12/9/2025
Komen topik ini
