Anak yang meningkat remaja mempunyai cabaran yang tersendiri dalam membesarkan mereka. Pada peringkat ini, anak-anak sedang mencari identiti diri, ingin berdikari dan mudah dipengaruhi oleh rakan sebaya serta persekitaran termasuk media sosial dan teknologi. Peranan ibu bapa amat penting untuk memastikan remaja berkembang secara sihat dan seimbang.
LPPKN melalui modul Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEKERTI) menyediakan maklumat dan pendekatan mendidik remaja tentang kesihatan, emosi, sosial dan tingkah laku.
Kursus yang disediakan LPPKN:
- I'm In Control (Remaja): Kursus ini memberi kemahiran kepada remaja untuk menghindari dan mengurangkan tingkah laku seksual yang berisiko.
Selain itu, anda juga boleh mendapatkan panduan keibubapaan remaja di portal Keluarga Bahagia.
Portal Keluarga BahagiaTarikh dikemaskini: 9/9/2025
Komen topik ini
