Institusi Kebajikan OKU merujuk kepada tempat perlindungan, penjagaan dan pemulihan yang ditubuhkan untuk Orang Kurang Upaya yang memerlukan sokongan berterusan dalam kehidupan harian mereka.
Tujuan utama penubuhan institusi kebajikan OKU:
- Memberi perlindungan dan penjagaan kepada OKU yang tiada penjaga atau tidak mampu berdikari
- Memberi rehabilitasi supaya OKU dapat berdikari sebanyak mungkin
- Mengurangkan kebergantungan OKU kepada orang lain
Terdapat 10 institusi di bawah JKM iaitu:
- 7 institusi Taman Sinar Harapan
- 2 institusi Bengkel Daya
- 1 institusi latihan iaitu Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan Bangi
Institusi-institusi ini dikendalikan secara langsung oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).
Tarikh dikemaskini: 18/9/2025
Komen topik ini
