Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) merupakan satu program pemulihan dan intervensi yang dilaksanakan dalam komuniti tempatan untuk OKU bagi semua kategori, terutamanya kanak-kanak dan remaja.
Program ini dijalankan secara usahasama antara JKM dengan komuniti setempat dan bertujuan membangunkan potensi OKU dalam suasana inklusif dan mesra komuniti.
Antara aktiviti PDK:
- Kemahiran motor kasar
- Kemahiran motor halus
- Perkembangan sosial
- Perkembangan bahasa
- Pengurusan diri sendiri
- Latihan vokasional
- Terapi muzik
- Sukan dan rekreasi
Ibu bapa atau penjaga boleh membuat permohonan kemasukan melalui Pertubuhan Kebajikan Sukarela (PSK) yang mengendalikan PDK berhampiran tempat kediaman.
Maklumat lanjut PDKTarikh dikemaskini: 10/9/2025
Komen topik ini
