Pencen terbitan ialah bayaran pencen bulanan yang dibayar oleh kerajaan kepada waris yang layak bagi:
- Pesara Perkhidmatan Awam Skim Pencen
- Pegawai Perkhidmatan Awam Skim Pencen yang meninggal dunia dalam perkhidmatan
- Veteran ATM berpencen
Siapa yang layak menerima pencen terbitan?
- Balu/ duda yang sah
Akan menerima bayaran pencen sepanjang hayat (tertakluk syarat tertentu)
- Anak-anak
- Anak kandung
- Anak angkat
- Anak tak sah taraf
- Anak OKU
Syarat kelayakan:
- Belum berkahwin
- Sehingga umur 18 tahun, atau
- Sehingga 21 tahun (sehingga mendapat ijazah pertama)
- Sepanjang hayat jika anak OKU kekal dan tidak mampu bekerja (tertakluk kepada kelulusan jawatankuasa)
Tarikh dikemaskini: 11/10/2025
Komen topik ini
