Sebagai pesara kerajaan, terdapat beberapa kemudahan yang boleh dinikmati selain daripada bayaran pencen bulanan (Skim Pencen) atau simpanan persaraan (Skim KWSP).
Antara kemudahan tersebut:
Ganjaran Perkhidmatan
Bayaran sekaligus berdasarkan jumlah tahun perkhidmatan
Diberi ketika persaraan sebagai penghargaan atas perkhidmatan
Gantian Cuti Rehat (GCR)
Bayaran tunai bagi baki cuti rehat yang tidak dapat dihabiskan demi kepentingan perkhidmatan (maksimum 180 hari)
Ditukar kepada nilai wang berdasarkan gaji akhir dan imbuhan tetap
Faedah Perubatan Percuma
Pesara dan ahli keluarga layak menerima faedah perubatan percuma di hospital dan klinik kerajaan
Pencen Terbitan
Bagi pesara perkhidmatan awam di bawah Skim Pencen yang telah meninggal dunia, bayaran pencen terbitan akan diteruskan kepada waris yang layak seperti berikut:
- Pasangan (balu/ duda yang sah)
- Anak di bawah umur 21 tahun atau anak OKU
Tarikh dikemaskini: 11/10/2025
