Human Resource Development Corporation (HRD Corporation) merupakan sebuah organisasi di bawah Kementerian Sumber Manusia yang ditubuhkan untuk meningkatkan pembangunan modal insan di Malaysia. HRD Corp memainkan peranan utama dalam menggalakkan dan menyokong latihan serta pembangunan pekerja terutamanya dalam sektor swasta.
Antara peranan HRD Corp:
- Mengurus dana pembangunan sumber manusia melalui pungutan levi
- Meningkatkan kompetensi pekerja Malaysia menerusi kursus, latihan dan pensijilan
- Menyokong agenda Pembangunan Modal Insan Negara
- Memantau penyedia latihan bagi memastikan kualiti program latihan
- Menyokong kerjasama dengan majikan dan industri
Tarikh dikemaskini: 14/10/2025
Komen topik ini
