Pembiayaan perumahan sektor awam adalah kemudahan yang diberikan kepada kakitangan sektor awam yang berkelayakan bagi merealisasikan impian mereka dalam memiliki rumah kediaman sendiri. Kemudahan ini diuruskan oleh Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) yang merupakan sebuah badan berkanun di bawah Kementerian Kewangan Malaysia secara rasmi beroperasi pada 1 Januari 2016, mengambil alih peranan Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP) sebelum itu.
Berikut merupakan antara kelebihan pembiayaan perumahan sektor awam LPPSA:
- Kadar Faedah Tetap
LPPSA menawarkan kadar faedah yang tetap, iaitu 4% setahun atas baki berkurangan setiap bulan
- Jenis-jenis Pembiayaan
LPPSA menawarkan 7 jenis pembiayaan iaitu:
- Jenis 1: Pembelian rumah kediaman yang telah siap
- Jenis 2: Pembinaan rumah di atas tanah sendiri.
- Jenis 3: Pembelian rumah kediaman yang sedang dibina
- Jenis 4: Pembelian tanah bagi tujuan pembinaan rumah kediaman
- Jenis 5: Penyelesaian pinjaman perumahan sedia ada daripada bank/institusi kewangan (Pembiayaan semula)
- Jenis 6: Pembinaan rumah di atas tanah yang sedang dibiaya oleh LPPSA
- Jenis 7: Pengubahsuaian rumah kediaman yang pembelian/ pembinaan telah dibiaya/diselesaikan melalui kemudahan pembiayaan perumahan sektor awam
- Tempoh Pembiayaan
Sehingga 35 tahun atau tidak melebihi umur 90 tahun, yang mana terdahulu
- Jumlah Pembiayaan
Sehingga RM750,000 berdasarkan pendapatan bersih semasa pemohon dan elaun tetap yang diambilkira oleh LPPSA mengikut amaun kelayakan yang ditetapkan
Semak kelayakan anda di Portal LPPSA MyFinancingTarikh dikemaskini: 10/10/2025
