Program di bawah Jabatan Pembangunan Wanita, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat kepada ibu tunggal untuk menimba ilmu dan berdikari bagi meningkatkan potensi diri serta keluar daripada masalah yang dihadapi.
Maklumat Program:
- Tiga modul utama
- Modul Kemahiran Perundangan
- Pengurusan Kewangan
- Pembangunan Potensi
- Melibatkan kerjasama
- Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM)
- Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK)
- Pusat Psikologi Jiwa Damai
Kategori ibu tunggal di bawah Program KasihnITa:
Perempuan yang menjadi ketua isi rumah:
- Balu atau bercerai/ berpisah tetap dan mempunyai anak yang belum berkahwin dalam isi rumah yang sama
- Mempunyai suami (suaminya tidak sihat dan tidak berkemampuan untuk bekerja) dan mempunyai anak yang belum berkahwin dalam isi rumah yang sama
- Tidak pernah berkahwin tetapi mempunyai anak (anak angkat atau anak tidak sah taraf)
Tarikh dikemaskini: 10/9/2025
Komen topik ini
