Perkhidmatan guaman yang disediakan oleh Jabatan Bantuan Guaman (JBG) bertujuan untuk memberi akses kepada keadilan untuk golongan berpendapatan rendah dan sederhana.
Terdapat fi minimum dan sumbangan yang dikenakan untuk mendapatkan perkhidmatan guaman daripada JBG.
Berikut merupakan maklumat tentang fi dan bantuan guaman:
- Pendaftaran Khidmat Bantuan Guaman
Fi minimum: RM10 semasa pendaftaran permohonan yang diluluskan
Perkhidmatan bantuan guaman yang disediakan:
- Nasihat guaman
- Bantuan guaman (sivil/ syariah/ jenayah)
- Pengantaraan
- Pendamping guaman
- Sumbangan
Dikenakan kepada pemohon dengan sumber kewangan > RM50,000 setahun selepas mengisi ujian kemampuan kelayakan bantuan guaman
Ujian Kemampuan Kelayakan Bantuan GuamanAmaun sumbangan berdasarkan Peraturan-Peraturan Bantuan Guaman (Fi dan Sumbangan) (Pindaan) 2023:
- Bantuan penuh: Sumber Kewangan tahunan RM50,000 ke bawah
- Bantuan separa: Sumber Kewangan tahunan RM50,001 - RM70,000
- Bantuan separa dengan kelulusan YBM: Sumber Kewangan tahunan melebihi RM70,000
Tarikh dikemaskini: 19/9/2025
Komen topik ini
