Undang-undang kanak-kanak di Malaysia berperanan penting dalam melindungi hak, kebajikan dan keselamatan setiap kanak-kanak. Melalui akta ini, pelbagai aspek perlindungan diberi perhatian termasuk pencegahan penderaan, pengabaian, keganasan, eksploitasi ekonomi dan seksual.
Ia juga memperuntukkan penubuhan Mahkamah Bagi Kanak-Kanak untuk mengendalikan kesalahan jenayah melibatkan kanak-kanak dengan pendekatan lebih berunsur pemulihan berbanding hukuman semata-mata.
Antara akta berkaitan kanak-kanak termasuk:
Akta Kanak-Kanak 2001
Peruntukan tentang perlindungan daripada penderaan, pengabaian, eksploitasi serta prosedur mahkamah bagi kanak-kanak.
Selaras dengan Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC), PBB.
Baca lanjut tentang Akta Kanak-Kanak 2001Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792)
Memperuntukkan undang-undang khusus berkaitan kesalahan seksual terhadap kanak-kanak
Meliputi gangguan seksual, pornografi kanak-kanak, eksploitasi seksual komersial dan sebagainya.
Baca lanjut Akta 792Tarikh dikemaskini: 17/9/2025
