Apabila berlaku kematian seseorang terutamanya ahli keluarga, terdapat beberapa langkah awal penting yang perlu diambil bagi menguruskan jenazah dan urusan rasmi. Berikut ialah panduan langkah awal apabila berlaku kematian di Malaysia: Sahkan kematian Kematian di hospital/ klinik Pegawai perubatan akan mengeluarkan surat pengesahan kematian Dokumen ini digunakan untuk urusan pengebumian dan pendaftaran kematian di JPN Kematian di rumah/ luar hospital/ klinik Hubungi talian 999 untuk mengesahkan kematian (sekiranya perlu) Laporkan kepada polis bagi mendapatkan permit pengebumian Jika kematian diragui, kes akan dirujuk kepada polis untuk siasatan dan mungkin melibatkan bedah siasat Urus pengebumian Hubungi pengurusan jenazah masjid bagi jenazah muslim Bagi jenazah bukan muslim, urusan pengebumian akan mengikut upacara agama masing-masing.
PERMATA Kurnia ialah pusat intervensi awal yang ditubuhkan untuk memberikan pendidikan dan sokongan kepada kanak-kanak autisme di Malaysia. Program ini merupakan sebahagian daripada inisiatif Program PERMATA di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Syarat Kemasukan: Terbuka kepada kanak-kanak autisme yang berumur 2 hingga 6 tahun dan merupakan pemegang kad OKU Warganegara Malaysia Perlu melalui saringan dan penilaian oleh Panel Pakar Perubatan PERMATA Kurnia bagi memastikan mereka sesuai untuk program ini Ibu bapa bersetuju mengikuti peraturan PERMATA Kurnia Lokasi PERMATA Kurnia: PERMATA Kurnia di Sentul, Kuala Lumpur merupakan pusat intervensi utama untuk autisme di Malaysia. PERMATA Kurnia di Presint 11 Putrajaya dikenali sebagai Pusat Pendidikan Awal Kanak- Kanak (Integrasi) PERMATA. Terdapat 2 program yang ditawarkan iaitu Program PERMATA Kurnia dan Program PERMATA Negara.
Kenali MyKid MyKid adalah kad pengenalan pintar bercip untuk warganegara Malaysia berumur bawah 12 tahun. Ia mengandungi maklumat penting kanak-kanak seperti nama, nombor daftar kelahiran, tarikh lahir dan alamat. Tiga maklumat yang disimpan dalam cip: Data kelahiran (JPN) Maklumat kesihatan Maklumat pendidikan Kelebihan MyKid: Mudah dibawa – Saiz kecil dan ringan Penyimpanan maklumat digital – Menyimpan maklumat kanak-kanak untuk rujukan pelbagai agensi kerajaan Ciri keselamatan – Mengelak untuk disalah guna Memudahkan urusan rasmi – Digunakan dalam urusan di klinik, hospital, sekolah, dan agensi kerajaan Cara memohon MyKid Permohonan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Hadir ke mana-mana cawangan JPN bersama dokumen: Sijil Kelahiran Asal bayi / Borang W / Borang H (kelahiran luar negara) Kad Pengenalan Ibu Bapa (asal & salinan) Caj permohonan Percuma untuk permohonan pertama
Kolej Vokasional (KV) adalah institusi yang menawarkan pendidikan vokasional dan teknikal. Pelajar di KV akan memperoleh Sijil Vokasional Malaysia (SVM), Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Diploma Kolej Vokasional. Permohonan ke KV bermula untuk kemasukan ke Tingkatan 4. Murid yang berminat perlu mengambil ujian Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK). Penilaian dan Sijil di KV Murid akan menerima Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dan yang setara dengan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 Mereka juga boleh menyambung pengajian ke peringkat Diploma Kolej Vokasional sekiranya layak Pelajar boleh terus bekerja selepas tamat pengajian atau menyambung ke peringkat diploma lanjutan atau ijazah di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS)
MySPIKE adalah singkatan kepada Sistem Pengurusan Integrasi Kemahiran Malaysia dan dibangunkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) di bawah Kementerian Sumber Manusia (MOHR). Portal ini merupakan satu platform digital bersepadu yang menyelaraskan pengurusan latihan, penilaian dan pensijilan kemahiran di seluruh negara. Berikut merupakan antara fungsi MySPIKE: Platform awam Memudahkan pelajar, ibu bapa dan golongan profesional untuk membuat carian maklumat berkaitan seperti: Program persijilan dan pengiktirafan Peluang kerjaya Senarai Pusat Bertauliah ADI Perantisan yang menawarkan SLDN dengan insentif Maklum balas pelajar dan pengesanan graduan Platform Institusi Latihan Menyediakan senarai pusat latihan bertauliah di bawah seliaan JPK Platform Pekerja Carian program pensijilan, Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) dan rekod pensijilan kemahiran terdahulu
Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan adalah agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan merupakan sebuah badan bebas yang bertindak sebagai pihak berkuasa melantik bagi Anggota Perkhidmatan Pendidikan. Pelantikan adalah tertakluk kepada kekosongan jawatan dan permohonan dibuka sepanjang masa bagi jawatan berikut: Pegawai Perkhidmatan Pendidikan: Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG5 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG9 Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi Gred DH5 Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi Gred DH9 Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi) Gred N1 Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W1 Pembantu Pengurusan Murid Gred N1 Pembantu Makmal Gred C1 Pembantu Khidmat Am Gred H1 Prosedur permohonan jawatan di SPP Permohonan jawatan sama ada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan , Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) di Sistem MySPP. Pemohon boleh membuat semakan pemohonan, panggilan temu duga, keputusan temu duga dan perkhidmatan dalam talian melalui pautan berikut:
Program PERMATA Insan ialah inisiatif pendidikan yang ditubuhkan untuk mengenal pasti dan membimbing pelajar Islam yang pintar dan berbakat di Malaysia. Tempat operasi: Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Syarat penyertaan kolej: Murid beragama Islam Berumur 11-12 tahun Lulus Ujian UKM1, UKM2, merupakan Calon Murid Asas 1 dan melepasi semua komponen ujian Mukahyyam Al-Abrar
Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) ditubuhkan melalui Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969. Ia menyediakan perlindungan keselamatan sosial kepada pekerja melalui skim caruman bersama antara majikan dan pekerja. Caruman PERKESO adalah hak pekerja kerana ia melindungi mereka daripada risiko kemalangan pekerjaan, penyakit pekerjaan, hilang upaya dan kematian semasa bekerja. Kewajipan Majikan dan Pekerja Semua majikan wajib mendaftar pekerja dengan PERKESO dalam masa 30 hari dari tarikh penggajian. Majikan perlu membuat potongan caruman pekerja dan membayar bahagian caruman majikan.