Program PERMATA
PERMATA Kurnia ialah pusat intervensi awal yang ditubuhkan untuk memberikan pendidikan dan sokongan kepada kanak-kanak autisme di Malaysia. Program ini merupakan sebahagian daripada inisiatif Program PERMATA di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Syarat Kemasukan: Terbuka kepada kanak-kanak autisme yang berumur 2 hingga 6 tahun dan merupakan pemegang kad OKU Warganegara Malaysia Perlu melalui saringan dan penilaian oleh Panel Pakar Perubatan PERMATA Kurnia bagi memastikan mereka sesuai untuk program ini Ibu bapa bersetuju mengikuti peraturan PERMATA Kurnia Lokasi PERMATA Kurnia: PERMATA Kurnia di Sentul, Kuala Lumpur merupakan pusat intervensi utama untuk autisme di Malaysia. PERMATA Kurnia di Presint 11 Putrajaya dikenali sebagai Pusat Pendidikan Awal Kanak- Kanak (Integrasi) PERMATA. Terdapat 2 program yang ditawarkan iaitu Program PERMATA Kurnia dan Program PERMATA Negara.
Program PERMATA Negara ialah inisiatif yang diperkenalkan pada tahun 2007 untuk menyediakan asuhan dan didikan berkualiti kepada kanak-kanak berumur 0 hingga 4 tahun. Ia memberi fokus kepada penjagaan, pendidikan dan perkembangan menyeluruh kanak-kanak di pusat asuhan. Program PERMATA Negara dilaksanakan melalui Pusat Anak PERMATA Negara (PAPN) yang ditubuhkan di pelbagai lokasi di seluruh negara. PAPN menyediakan persekitaran yang kondusif dengan fasiliti yang sesuai untuk perkembangan awal kanak-kanak. Syarat kemasukan: Warganegara Malaysia Berumur 4 tahun ke bawah Keutamaan kepada ibu bapa dengan pendapatan isi rumah RM4,000.00 dan ke bawah Jarak PAPN yang dimohon tidak melebihi 10 km dari kawasan rumah atau tempat kerja.
Program PERMATA Pintar ialah inisiatif yang ditubuhkan untuk mengenal pasti dan membangunkan potensi pelajar pintar dan berbakat di Malaysia. Tempat operasi: Pusat PERMATA Pintar Negara, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Proses pemilihan pelajar: Pelajar yang berminat perlu melalui beberapa peringkat saringan: Ujian UKM1 Terbuka kepada semua pelajar Malaysia berumur 9 hingga 15 tahun Ujian UKM2 Pelajar yang lulus UKM1 akan dijemput untuk menduduki ujian ini di pusat-pusat yang ditetapkan Program Pengayaan Cuti Sekolah (PPCS) Pelajar yang berjaya dalam UKM2 akan menyertai program ini, di mana mereka akan dinilai melalui Ujian UKM3 Kemasukan ke Kolej PERMATA Pintar Pelajar yang lulus UKM3 dan menunjukkan prestasi cemerlang semasa PPCS akan ditawarkan tempat di Kolej PERMATA Pintar untuk meneruskan pendidikan menengah mereka
Program PERMATA Insan ialah inisiatif pendidikan yang ditubuhkan untuk mengenal pasti dan membimbing pelajar Islam yang pintar dan berbakat di Malaysia. Tempat operasi: Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Syarat penyertaan kolej: Murid beragama Islam Berumur 11-12 tahun Lulus Ujian UKM1, UKM2, merupakan Calon Murid Asas 1 dan melepasi semua komponen ujian Mukahyyam Al-Abrar
Program PERMATA Seni ditubuhkan untuk mengenal pasti dan membimbing kanak-kanak serta remaja berbakat dalam bidang seni di Malaysia. Komponen Utama PERMATA Seni: PERMATA Seni Koir Kanak-kanak berumur antara 7 hingga 10 tahun yang mempunyai bakat dalam seni suara Latihan meliputi teknik vokal, harmoni, dan persembahan koir PERMATA Seni Tari Kanak-kanak berumur antara 7 hingga 10 tahun yang mempunyai bakat cemerlang dalam tarian tradisional dan kontemporari Menekankan teknik tarian, ekspresi, dan persembahan pentas PERMATA Seni Muzik Kanak-kanak berumur antara 7 hingga 17 tahun yang berbakat dalam bidang muzik Memberikan latihan dalam permainan alat muzik bertali seperti viola, cello, dan double bass Mempunyai keupayaan membaca nota muzik dan lulus dalam sesi uji bakat Program PERMATA Seni diselia oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara. Murid yang berminat untuk menyertai program ini perlu melalui proses uji bakat.
