Skim Insurans Pekerjaan (SIP) ialah satu skim keselamatan sosial yang diwujudkan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) di bawah Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017.
Skim ini bertujuan untuk membantu pekerja yang hilang pekerjaan dengan menyediakan bantuan kewangan sementara serta sokongan penempatan pekerjaan baharu.
Antara kelayakan akibat kehilangan pekerjaan:
- Pemberhentian kerja biasa
- VSS/MSS (Skim Pemisahan Sukarela)
- Penutupan tempat kerja kerana bencana alam
- Penutupan perniagaan atau penutupan operasi
- Pembuangan kerja secara konstruktif
Antara contoh kehilangan pekerjaan yang tidak layak:
- Penamatan akibat salah laku pekerja
- Peletakan jawatan secara sukarela
- Persaraan wajib
Antara faedah SIP:
- Elaun Mencari Pekerjaan (EMP): Penerima faedah yang layak akan menerima elaun selama 3-6 bulan
- Elaun Pendapatan Berkurang (EPB): Gantian pendapatan bagi mereka yang mempunyai lebih daripada satu majikan dan telah kehilangan satu atau lebih pekerjaan
- Elaun Bekerja Semula Awal (EBSA): 25% insentif bagi pekerja yang kembali bekerja semula lebih awal semasa tempoh EMP
- Elaun Latihan (EL): kadar harian sebanyak RM10-20 untuk latihan semula
- Fi Latihan (FL): Pembiayaan yuran latihan yang dibayar terus kepada penyedia latihan pada kadar maksimum sehingga RM4,000
