Salah satu rukun Islam bagi rakyat beragama Islam di Malaysia adalah menyempurnakan rukun Haji. Bagi mendidik dan merancang simpanan bagi tujuan tersebut, Akaun Simpanan Tabung Haji (TH) boleh dibuka oleh ibu bapa atau penjaga untuk anak-anak mereka sejak dari kecil.
Ciri-ciri utama
- Boleh dibuka seawal usia 1 hari
- Minimum simpanan awal serendah RM2
- Boleh membuka akaun secara dalam talian sekiranya ibu bapa mempunyai akaun Tabung Haji
- Pendaftaran haji anak boleh dibuat apabila akaun mempunyai baki minimum RM1,300
