Di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), sekolah menengah kebangsaan atau sekolah harian terdiri daripada:
- Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK)
- Terbuka kepada semua pelajar
- Menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama
- Menawarkan kurikulum umum termasuk akademik dan teknikal
- Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK)
- Sekolah menengah kebangsaan alternatif dengan Bahasa Mandarin sebagai bahasa pengantar utama bagi beberapa mata pelajaran
- Menggunakan kurikulum kebangsaan yang sama dengan SMK
Kemasukan dan penempatan murid ke sekolah menengah kebangsaan akan didaftarkan oleh guru sekolah rendah kebangsaan semasa Tahun 6 menerusi aplikasi eDaftar Sekolah Menengah.
Semua murid warganegara Malaysia akan mendapat penempatan sekolah menengah berdasarkan alamat semasa murid.
