Sekolah Menengah
Sekolah menengah di Malaysia merupakan peringkat pendidikan selepas sekolah rendah. Ia bertujuan untuk memperkukuhkan ilmu pengetahuan, membentuk sahsiah murid, serta menyediakan mereka untuk alam pekerjaan atau pendidikan tinggi. Struktur Pendidikan Menengah Sistem sekolah menengah di Malaysia dibahagikan kepada dua peringkat utama: Menengah Rendah (Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3) Murid berumur 13 hingga 15 tahun Mengikuti Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) Penilaian utama: Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) Menengah Atas (Tingkatan 4 hingga Tingkatan 5) Murid berumur 16 hingga 17 tahun Pilihan pakej mata pelajaran elektif seperti STEM, Sastera dan Perakaunan Peperiksaan utama: Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Murid yang ingin melanjutkan ke Tingkatan 6 akan mengambil Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)
Di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), sekolah menengah kebangsaan atau sekolah harian terdiri daripada: Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Terbuka kepada semua pelajar Menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama Menawarkan kurikulum umum termasuk akademik dan teknikal Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Sekolah menengah kebangsaan alternatif dengan Bahasa Mandarin sebagai bahasa pengantar utama bagi beberapa mata pelajaran Menggunakan kurikulum kebangsaan yang sama dengan SMK Kemasukan dan penempatan murid ke sekolah menengah kebangsaan akan didaftarkan oleh guru sekolah rendah kebangsaan semasa Tahun 6 menerusi aplikasi eDaftar Sekolah Menengah. Semua murid warganegara Malaysia akan mendapat penempatan sekolah menengah berdasarkan alamat semasa murid.
Sebagai ibu bapa kepada remaja, anda pasti sudah dapat mengenal pasti bakat, minat dan kecenderungan anak-anak dalam pembelajaran. Selain memastikan anak-anak mendapat pendidikan menengah yang menyeluruh, mereka juga boleh meneroka peluang-peluang yang sesuai dengan kecenderungan mereka. Bagi memberikan peluang akademik yang sesuai kepada murid, KPM menawarkan Kurikulum Sekolah Standard Menengah (KSSM) seperti yang berikut: Menengah Rendah (Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3) Murid dinilai melalui Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dan Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) Menengah Atas (Tingkatan 4 hingga Tingkatan 5) Murid perlu mengambil tiga kumpulan mata pelajaran iaitu: Mata Pelajaran Teras Mata Pelajaran Wajib Mata Pelajaran Elektif Murid boleh memilih gabungan mata pelajaran elektif berdasarkan minat dan kebolehan mereka. Dua pakej Mata Pelajaran Elektif yang ditawarkan adalah pakej STEM dan pakej Sastera dan Kemanusiaan . Murid boleh mengambil maksimum mana-mana lima mata pelajaran elektif daripada 4 kumpulan yang berikut: Bahasa Kemanusiaan dan Sastera Ikhtisas Pengajian Islam STEM Bagaimanapun pilihan mata pelajaran elektif adalah bergantung kepada ketersedian di sekolah masing-masing.
Sekiranya ibu bapa ingin memohon sekolah menengah selain daripada Sekolah Menengah Kebangsaan harian yang ditawarkan, terdapat beberapa pilihan seperti: Sekolah elit di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Kemudahan asrama penuh untuk memastikan fokus murid kepada pembelajaran Menawarkan kurikulum akademik dan pengajian agama Islam Sekolah berasrama penuh yang ditawarkan Majlis Amanah Rakyat (MARA) Terdapat beberapa pilihan aliran dengan kemasukan menerusi pentaksiran khusus Untuk murid yang berbakat dalam bidang seni muzik, teater, tarian, seni visual Ditawarkan bermula Tingkatan 1 sahaja Khusus untuk murid atlet yang berpotensi dan berbakat dalam sukan dan akademik Tawaran tertakluk kepada Jawatankuasa Pemilihan dan syarat tertentu Fokus kepada beberapa aliran pengajian kejuruteraan dan bukan kejuruteraan Ditawarkan bermula peringkat menengah atas (Tingkatan 4) Menawarkan program sijil dan program kemahiran Murid akan mendapat sijil kemahiran dan boleh terus bekerja selepas tamat sekolah Kemasukan bermula semasa menengah atas (Tingkatan 4) Menggabungkan kurikulum akademik dan latihan ketenteraan serta kepimpinan Ditawarkan bermula menengah atas (Tingkatan 4) bagi pelajar dengan syarat kelayakan ketat Khusus untuk murid berkeperluan khas (MBK) , termasuk murid kurang upaya penglihatan, pendengaran, dan pembelajaran Menggunakan kurikulum British (IGCSE), American, IB , atau kurikulum luar negara lain
Sekolah Berasrama Penuh (SBP) ialah institusi pendidikan elit yang ditubuhkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk menyediakan persekitaran pembelajaran yang kondusif bagi pelajar cemerlang dalam akademik dan kokurikulum. Kategori SBP: SBP Premier Sekolah-sekolah yang mempunyai sejarah panjang dan reputasi cemerlang Sekolah Menengah Sains (SMS) Fokus kepada pendidikan dalam bidang sains dan teknologi Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Menggabungkan kurikulum akademik dengan pendidikan agama Islam Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP) Menekankan pendidikan agama Islam bersama-sama dengan kurikulum kebangsaan
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) di Malaysia ialah institusi pendidikan yang menggabungkan pendidikan akademik dan pengajian Islam. Kategori SMKA di Malaysia SMKA - Aliran Agama Mengambil mata pelajaran tambahan Bahasa Arab, Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah dan Pendidikan Syariah Islamiah SMKA - Tahfiz Model Ulul Albab Memberi fokus kepada hafazan Al-Quran Menggabungkan Kurikulum Kebangsaan, Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT) dan Program Ulul Albab
Selain daripada Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan sekolah khusus di bawah KPM, ibu bapa juga boleh menghantar anak ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) yang dikendalikan oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA). Sistem Pendidikan MRSM (SPMRSM) Sistem Pendidikan MRSM (SPMRSM) terbahagi kepada 5 program yang berteraskan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).
Kolej Vokasional (KV) adalah institusi yang menawarkan pendidikan vokasional dan teknikal. Pelajar di KV akan memperoleh Sijil Vokasional Malaysia (SVM), Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Diploma Kolej Vokasional. Permohonan ke KV bermula untuk kemasukan ke Tingkatan 4. Murid yang berminat perlu mengambil ujian Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK). Penilaian dan Sijil di KV Murid akan menerima Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dan yang setara dengan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 Mereka juga boleh menyambung pengajian ke peringkat Diploma Kolej Vokasional sekiranya layak Pelajar boleh terus bekerja selepas tamat pengajian atau menyambung ke peringkat diploma lanjutan atau ijazah di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS)
Sekolah Menengah Teknik (SMT) adalah sekolah menengah yang menawarkan pendidikan akademik dan teknikal secara serentak kepada pelajar Tingkatan 4 dan Tingkatan 5. Aliran yang Ditawarkan di SMT: Kejuruteraan Awam Kejuruteraan Elektrik & Elektronik Kejuruteraan Mekanikal Perdagangan Sains Pertanian Penilaian dan Sijil yang Diperoleh: Murid menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Murid yang cemerlang boleh menyambung pelajaran ke diploma di politeknik, kolej matrikulasi teknikal, Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS)
Maktab Tentera Diraja (MTD) merupakan sebuah institusi pendidikan ketenteraan elit di Sungai Besi, Kuala Lumpur. Murid akan diberi pendedahan awal kepada kehidupan ketenteraan bagi yang ingin menyertai Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Hanya pelajar lelaki yang boleh memohon MTD. Struktur pendidikan di MTD adalah seperti berikut: Peringkat Menengah Atas (Tingkatan 4 & 5) Pelajar akan mengikuti kurikulum Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mengikut pilihan aliran yang disediakan Latihan Ketenteraan Pelajar menjalani latihan fizikal, kepimpinan dan disiplin berasaskan ketenteraan seperti berkawad dan pertahanan diri
Mulai 2025, permohonan Tingkatan 1 ke sekolah khusus iaitu SBP, MRSM dan SMKA telah digabungkan melalui satu sistem permohonan yang sama. Ibu bapa digalakkan untuk menyemak syarat kemasukan dan keperluan anak-anak bagi sekolah khusus yang disasarkan sebelum memohon. Kaedah Permohonan Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui portal rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Panduan Pengisian Borang Anda digalakkan untuk menyemak panduan permohonan seperti berikut. Pastikan anda turut menyemak syarat kemasukan yang ditetapkan. Semakan Keputusan Semak tawaran permohonan kemasukan ke Sekolah Khusus di pautan berikut:
Sekiranya anda anda menunjukkan minat dan kecenderungan tertentu semasa di peringkat menengah rendah, mereka boleh memilih ke sekolah khusus berikut bagi permohonan ke Tingkatan 4: Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Kolej Vokasional (KV) Sekolah Menengah Teknik (SMT) Maktab Tentera Diraja (MTD) Bagi setiap permohonan sekolah khusus di atas, anda boleh menyemak syarat kemasukan dan maklumat permohonan di pautan berikut:
Sekiranya anak anda mempunyai bakat atau minat yang kuat terhadap bidang kesenian, mereka boleh memohon ke Sekolah Seni Malaysia (SSeM). SSeM ialah institusi pendidikan khas yang menawarkan pendidikan akademik dan latihan seni secara formal kepada pelajar berbakat dalam bidang seni. Bidang Pengajian di SSeM SSeM menawarkan pendidikan dalam empat bidang utama seni: Seni Visual Lukisan, arca, reka bentuk, ilustrasi, dan seni digital Seni Muzik Teori muzik, latihan vokal, alat muzik klasik dan moden, serta komposisi muzik Seni Tari Teknik tarian tradisional dan moden, koreografi, serta persembahan pentas Seni Teater Lakonan, pengarahan, penulisan skrip, dan produksi teater Permohonan Kemasukan Kriteria Pemilihan Murid yang telah disenarai pendek melalui Sistem Permohonan Murid ke Sekolah Seni Malaysia akan dipanggil untuk menyertai Sesi Serlahan Seni mengikut bidang yang dipilih. Sesi Serlahan Seni akan dilaksanakan pada bulan November setiap tahun di seluruh negara dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).
Sekolah Sukan Malaysia (SSM) ialah institusi pendidikan khas yang ditubuhkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan fokus untuk menawarkan pendidikan akademik dan latihan sukan secara formal bagi melahirkan atlet muda berbakat dalam pelbagai jenis sukan seperti bola sepak, badminton, olahraga dan lain-lain. Kemasukan 2 kali setahun (Januari dan Julai) Murid dicalonkan berdasarkan Talent Identification and Development (TID) oleh Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian (BSKK), atau oleh pencalon daripada Majlis Sukan Negara (MSN), Persatuan Sukan Kebangsaan (PSK), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Sekolah Sukan Malaysia (SSM) dan Sekolah Sukan Negeri (SSN) Tawaran diputuskan oleh Jawatankuasa Pemilihan Perlu memenuhi syarat-syarat kemasukan
Selain daripada sekolah menengah aliran perdana di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia, ibu bapa juga mempunyai pilihan untuk menghantar anak mereka ke institusi pendidikan swasta (IPS). IPS ini dikendalikan oleh syarikat sendirian berhad, pertubuhan/persatuan, yayasan, koperasi atau kedutaan negara berkenaan. Jenis Sekolah Menengah Swasta di Malaysia Sekolah Menengah Akademik Menggunakan kurikulum kebangsaan iaitu Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) Sekolah Menengah Agama Menggunakan kurikulum kebangsaan dan program tambahan yang disediakan oleh Pihak Berkuasa Agama Negeri Sekolah Antarabangsa Menawarkan kurikulum negara luar dan menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar 5 kurikulum yang dibenarkan: Kurikulum British Kurikulum Amerika International Baccalaureate (IB) Kurikulum Kanada Kurikulum Australia Contoh peperiksaan: Cambridge IGCSE, A-Level, SAT Sekolah Pendidikan Khas Menggunakan kurikulum kebangsaan iaitu kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) Pendidikan Khas Sekolah Ekspatriat Menggunakan kurikulum dan bahasa pengantar negara asal Memberikan pendidikan khusus kepada komuniti negara tersebut Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) Penilaian utama adalah Unified Examination Certificate (UEC)
