Program Asasi ialah laluan pra-universiti khas untuk pelajar lepasan SPM yang ditawarkan oleh universiti awam tertentu sebagai laluan terus ke program Ijazah Sarjana Muda di universiti berkenaan.
Apakah program asasi?
- Program pra-universiti dengan tempoh 1 tahun (2 semester)
- Ditawarkan secara langsung oleh universiti awam (UA) kepada pelajar cemerlang
- Fokus kepada bidang pengkhususan tertentu seperti sains, kejuruteraan, perubatan, akaun, undang-undang dan lain-lain
Syarat am:
Pemohon mestilah memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sekurang-kurangnya:
- Lima (Kepujian) dalam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu
- Lulus mata pelajaran Sejarah
Cara memohon
- Permohonan dibuat melalui sistem UPUOnline
- Biasanya dibuka antara Februari – April setiap tahun
- Perlu daftar terlebih dahulu akaun UPU dan beli nombor pin di BSN
Tarikh dikemaskini: 5/9/2025
Komen topik ini
