Program Diploma ialah salah satu laluan utama selepas SPM yang ditawarkan oleh universiti awam (UA), politeknik, kolej komuniti dan institusi swasta. Ia bersifat lebih praktikal dan berfokus kepada kemahiran serta membolehkan pelajar terus bekerja atau menyambung ke peringkat ijazah.
Syarat am:
Pemohon mestilah memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sekurang-kurangnya:
- Tiga (Kepujian) dalam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu
- Lulus mata pelajaran Sejarah.
Institusi yang menawarkan program diploma
- Universiti Awam (UA) seperti UiTM, UUM, UTHM, UTeM, dan lain-lain
- Politeknik
- Kolej Komuniti
- Kolej dan Universiti Swasta (yang berdaftar dengan MQA dan KPT)
Tempoh pengajian: 2 – 3 tahun
Sesetengah program diploma boleh memindahkan kredit subjek-subjek tertentu sewaktu Ijazah Sarjana Muda
Mohon program Diploma di UPU OnlinePanduan UPU OnlinePermohonan Program Diploma/Foundation di IPTS
Permohonan pengajian diploma ke IPTS boleh dibuat melalui portal institusi pengajian tersebut.
Semak institusi dan programAnda juga boleh membuat semakan IPTS yang berdaftar dengan KPT bagi memastikan kursus pengajian yang dipohon telah mendapat sama ada akreditasi penuh atau akreditasi sementara dari MQA.
Senarai Akreditasi Penuh dari MQASenarai Akreditasi Sementara dari MQATarikh dikemaskini: 5/9/2025
