Pihak Berkuasa Melantik (PBM) ialah pihak yang mempunyai atau diberi kuasa undang-undang untuk melantik seseorang ke dalam sesuatu perkhidmatan.
- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA)
Melantik anggota dalam Perkhidmatan Awam Am Persekutuan, Perkhidmatan Awam Negeri Melaka, Pulau Pinang, Perlis dan Negeri Sembilan.
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA)- Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan (SPKP)
Melantik Pegawai Undang-Undang dalam perkhidmatan kehakiman dan perundangan.
Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan (SPKP)- Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP)
Bertanggungjawab bagi melantik Anggota Perkhidmatan Pendidikan iaitu Guru dan Bukan Guru.
Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP)- Suruhanjaya Pasukan Polis
Bertanggungjawab bagi melantik Anggota Pasukan Polis.
Suruhanjaya Pasukan Polis- Majlis Angkatan Tentera
Majlis Angkatan Tentera Malaysia adalah sebuah badan ketenteraan yang bertanggungjawab di bawah kuasa am Yang di-Pertuan Agong selaku Pemerintah Tertinggi bagi pemerintahan, tatatertib dan pentadbiran Angkatan Tentera Malaysia.
Majlis Angkatan Tentera- Badan Berkanun Persekutuan
Badan Berkanun ialah agensi dalam sesebuah kementerian yang dibentuk mengikut kuasa dan akta tertentu di bawah peruntukan sesebuah Akta Parlimen.
Contoh Badan Berkanun Persekutuan:
- Universiti Awam
- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri (SPAN) ialah sebuah badan yang ditubuhkan oleh kerajaan negeri di bawah peruntukan undang-undang negeri masing-masing untuk menguruskan hal ehwal perkhidmatan awam negeri.
Negeri yang berikut mempunyai SPAN tersendiri, bergantung kepada perlembagaan negeri dan kuasa yang diperuntukkan oleh Perkara 144 Perlembagaan Persekutuan.
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri PahangSuruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri SarawakSuruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri PerakSuruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri SelangorSuruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri TerengganuSuruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri JohorSuruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri KelantanSuruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri SabahSuruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri KedahManakala bagi 4 negeri berikut tidak mempunyai SPAN tersendiri. Urusan pengambilan jawatan untuk jabatan negeri ini diuruskan oleh SPA di peringkat Persekutuan:
- Perlis
- Pulau Pinang
- Melaka
- Negeri Sembilan
- Badan Berkanun Negeri
Badan Berkanun Negeri ialah agensi yang dibentuk mengikut kuasa dan enakmen tertentu di bawah peruntukan sesebuah Enakmen Dewan Undangan Negeri.
Contoh Badan Berkanun Negeri:
Perbadanan Kemajuan Negeri SelangorYayasan Pahang- Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) ialah badan kerajaan di peringkat tempatan yang bertanggungjawab mentadbir dan mengurus kawasan pentadbirannya mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.
PBT mempunyai kuasa untuk melantik pegawai dan kakitangan bagi memenuhi keperluan operasi harian. Namun ia tertakluk kepada kelulusan dan kawalan Kerajaan Negeri terutamanya bagi pelantikan tetap, kenaikan pangkat, dan penyusunan semula struktur jawatan.
Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)Senarai PBT di MalaysiaTarikh dikemaskini: 13/10/2025
