Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) ialah sebuah badan berperlembagaan yang ditubuhkan untuk melantik, mengesahkan dalam perkhidmatan, dan melaksanakan tindakan tatatertib terhadap Pegawai Undang-Undang Gred L9 dalam perkhidmatan kehakiman dan perundangan.
Prosedur permohonan ke SPKP melalui SPA
- Semak syarat lantikan/ deskripsi tugas/ gaji
Anda juga boleh menyemak padanan jawatan yang bersesuaian dengan kelayakan dan bidang pengkhususan.
Semak padanan jawatan- Iklan kekosongan jawatan di SPKP
Iklan kekosongan jawatan boleh disemak di:
Portal rasmi SPKPPortal Rasmi SPAFacebook SPA- Memohon kerja di bawah SPKP melalui SPA
Permohonan boleh dibuat melalui Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia
Sistem SPA9Maklumat lanjut mengenai pelantikan SPKP boleh dirujuk di pautan berikut:
Urusan Pelantikan SPKP- Semak penjadualan penilaian/ pemeriksaan fizikal/ pancaindera dan kecerdasan/ assessment centre/ temu duga
Maklumat tentang penjadualan peperiksaan/ pemeriksaan fizikal, pancaindera dan kecergasan/ assessment centre/ temu duga boleh disemak melalui e-mel yang didaftarkan dalam SPA9 atau melalui saluran berikut:
Portal Rasmi SPAMenu semakan permohonan SPA9- Panduan hadir temu duga
Calon yang berjaya dipanggil untuk temu duga perlu melengkapkan resume di Sistem MyResume sebelum hadir temu duga.
Pastikan anda juga menyemak lokasi temu duga dan panduan yang diberikan di dalam emel panggilan.
Sistem MyResume- Tunggu keputusan
Calon yang telah ditemu duga akan menerima keputusan temu duga melalui makluman emel.
Tarikh dikemaskini: 11/10/2025
