Sebelum memohon pengurusan harta pusaka si mati beragama Islam, waris perlu melaksanakan beberapa langkah awal bagi memastikan proses pembahagian pusaka berjalan lancar dan menepati hukum syarak serta perundangan Malaysia.
Perkara penting sebelum pembahagian harta pusaka bagi orang Islam:
Kenal pasti harta yang ditinggalkan
- Kumpulkan maklumat harta
- Senaraikan nilai anggaran setiap harta (jika boleh)
- Kenal pasti jumlah harta si mati untuk menentukan bidang kuasa mahkamah yang akan membicarakan kes
Selesaikan urusan berkaitan hutang
Bayar hutang si mati (termasuk zakat, nazar, hutang bank dan sebagainya)
Tuntutan harta sepencarian (sekiranya berkaitan)
- Kenal pasti aset yang dibeli semasa tempoh perkahwinan dan sama ada terdapat sumbangan bersama
- Buat tuntutan harta sepencarian di Mahkamah Tinggi Syariah
- Bahagian pasangan yang dituntut dan disahkan sebagai harta sepencarian akan dikeluarkan daripada harta pusaka
Semak sama ada si mati ada wasiat/ hibah
Jika ada wasiat/ hibah yang sah menurut syarak, wasiat/ hibah tersebut perlu dilaksanakan terlebih dahulu
Kenal pasti waris yang layak
Tentukan siapa yang masih hidup dan berhak mewarisi harta pusaka (mengikut hukum faraid)
Pastikan dokumen pengenalan waris seperti MyKad/ sijil lahir tersedia
Permohonan sijil faraid (sekiranya diperlukan):
