Pusaka ringkas merujuk kepada pusaka bernilai RM600 ribu ke bawah dan mempunyai harta alih.
Langkah-langkah permohonan:
- Buka fail permohonan
- Datang ke cawangan Amanah Raya Berhad
- Bawa dokumen berkaitan (rujuk senarai di bawah)
- Fail akan dibuka untuk permohonan pentadbiran pusaka sekiranya lengkap
- Serahan dokumen sokongan
- Sijil Kematian asal disahkan
- Kad pengenalan semua waris
- Sijil lahir/ sijil nikah/ kahwin (untuk bukti hubungan waris)
- Dokumen bukti harta (akaun bank, geran tanah, penyata ASNB, KWSP, insurans dan lain-lain)
- Salinan wasiat (jika ada, prosedur berbeza)
- Amanah Raya akan menjalankan proses berikut:
- Siasatan untuk mengesahkan waris dan harta
- Mendapatkan pengesahan nilai harta
- Pengeluaran surat kuasa oleh Amanah Raya
Proses tuntutan harta kepada agensi
- Pemfailan di Mahkamah Tinggi/ JKPTG (jika perlu)
Amanah Raya akan membuat permohonan ke Mahkamah Tinggi atau Pejabat Pusaka Kecil, jika berkaitan
- Pembahagian Harta
Setelah selesai, Amanah Raya akan mengurus pembahagian mengikut:
- Hukum Faraid (untuk Islam)
- Akta Pembahagian 1958 (untuk bukan Islam)
Tarikh dikemaskini: 14/10/2025
Komen topik ini
